fbpx

IZZAT TAWAN SEPANG SELATAN


Perlumbaan akhir Pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa (selatan) hari ini dan Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya meraih kemenangan bagi kategori CP150.

Di sesi “Super Pole” yang berlangsung di waktu pagi tadi, Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah tampil dengan pencapaian yang hebat apabila beliau mencatatkan masa terpantas pada 1’15:740s. Di tempat kedua dan ketiga di petak grid adalah rakan-rakan sepasukannya iaitu Md Izzat Zaidi dan Md Akid Aziz dengan catatan masa 1’16:460s dan 1’16:507s masing-masing.

Dengan kelebihan yang dimilikinya, Afif tanpa melengahkan masa terus mara ke P1 dengan diikuti oleh Azroy di P2 and Izzat di P3 pada akhir lap pertama. Di lap kedua, Izzat berjaya memintas Afif untuk seketika sebelum kedudukan tersebut disambar balik oleh Afif di akhir lap 3. Di belakang mereka, Azroy cuba mengekalkan momentumnya tetapi persaingan yang sengit di antara pelumba tidak memberikan peluang untuk mempertahankan kedudukannya.

Di akhir lap kelima, Azroy berjaya ke P2 dan sempat memberikan tekanan kepada Afif. Dalam pada itu, Nazirul yang berada di P3 mula membuka langkah dan sebelum mengambil kedudukan P1 pada akhir lap tersebut. Berbaki empat lap, perlumbaan bertambah sengit di antara ketiga-tiga pelumba yang pada ketika itu mendahului kumpulan tersebut. Pelumba jentera jenis Honda, Azroy mula bertindak dan mengambil kedudukan P1 sebelum Afif dan Nazirul memintas di akhir lap 9.

Pelumba jentera jenis Yamaha pada ketika itu tampak agak agresif dalam mengekalkan kedudukan mereka. Berbaki satu lap, Akid yang bermain di kelompok belakang muncul ke hadapan untuk seketika sebelum berlakunya kemalangan di antara tiga orang pelumba. Pada ketika itu, Izzat berjaya mengambil alih kedudukan P1 diikuti oleh Nazirul di P2 and Akid di P3.

Izzat meningkatkan lagi kelajuan jenteranya sebelum menamatkan perlumbaan dengan kemenangan pertama bagi musim ini pada 14’03:436s.

Menurut Izzat, “Pertama sekali, terima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera yang sangat hebat pada minggu ini. Memang suatu kelompok yang amat besar dengan jentera-jentera yang sama laju. Persaingannya memang sengit. Saya memberikan perhatian kepada strategi saya dan di lap terakhir tadi, semasa pelanggaran, saya mendapat peluang untuk ke hadapan.”

Di tempat kedua adalah rakan sepasukannya Md Akid Aziz dengan catatan masa 14’03:992s. Nazirul Izzat Md Bahauddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14’03:994s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,