fbpx

KASMA TERPANTAS, KECEDERAAN BAHU PAKSA ZAQHWAN TARIK DIRI


Zaqhwan-01

Mohd Zaqhwan Zaidi terpaksa melupakan hasrat untuk merapatkan jurang perbezaan mata dalam kedudukan keseluruhan CP130 apabila terpaksa menarik diri dari meneruskan cabaran setelah mengalami kecederaan di bahagian bahu pada hari pertama pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berlangsung di kemaman, Terengganu, hari ini.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing yang juga merupakan juara musim 2014 itu terjatuh ketika sesi latihan bebas kedua dan kemudiannya di bawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum dinasihatkan oleh doktor agar menarik diri dari meneruskan perlumbaan.

“Zaqhwan tetap ingin meneruskan perlumbaan pada hari esok (Sabtu), namun doktor yang merawat menasihatkan agar dia menarik diri dari perlumbaan kerana ini adalah kecederaan bahu yang pertama kali dialami Zqhwan. Sebagai pengurus, sudah tentu saya mahu dia segera kembali ke atas jenteranya namun ia tidak memberi banyak kelebihan memandangkan dia sudah terlepas sesi ujian masa dan terpaksa memulakan perlumbaan dari petak terakhir.” jelas pemilik pasukan Givi Honda Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

Sesi ujian masa CP130 didominasi sepenuhnya oleh pelumba di bawah tajaan PETRONAS dengan tiga pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor diketuai Kasma Daniel Kasmayudin berada di kelompok hadapan.

Kasma Daniel yang juga pendahulu CP130 muncul pelumba terpantas dengan masa 52.814s manakala rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham ketiga dengan masa 52.53.004s dan Abdul Muhaimin Roslan keempat, 53.350s.

Beraksi di litar baharu sepanjang 1.090km memberi kelebihan buat pelumba kelahiran Terengganu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) untuk mencatat masa kedua terpantas dengan masa 52.855s.

Sementara itu, Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) muncul pelumba terpantas CP115 dengan masa 53.629s manakala Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) muncul pelumba terpantas kategori Wira dengan catatan masa 54.961s.

Ujian Masa:

CP130

1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 52.814s 2. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 52.855s 3. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 53.004s 4. Abd Muhaimin Roslan (SGR) 53.350s 5. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 53.418s

CP115:

1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Honda 53.629s 2. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Yamaha 53.818s 3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 53.948s 4. Tengku AMirul Haffirudin (TRG) Yamaha 54.119s 5. Md Aznil Md Ali (TRG) Honda 54.429s

WIRA:

1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 54.612s 2. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 54.961s 3. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 55.071s 4. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 55.386s 5. Imran Hadi Md Ismawi (SGR) Yamaha 55.663s

, , ,