fbpx

ALIF ULANGI KEJAYAAN DI TELUK INTAN


YPSS-02

Ghairah untuk melonjak ke hadapan, permulaan perlumbaan hari ini telah menyaksikan empat pelumba melakukan wheelie ketika lampu merah terpadam, sehinggakan Md Akmal Abd Halim yang berada di barisan hadapan nyaris hilang kawalan, dan terus tersasar ke belakang. Pelumba No 3 Md Adib Md Asri telah disahkan bermula pra-matang atau jump-start.

Seawal pusingan 1 lagi, permulaan yang baik telah menyaksikan pemenang Pusingan 5 di Teluk Intan, Md Alif Ashraf Tahiruddin mara dengan jentera No 8nya untuk mendahului peserta lain diikuti Md Faiz Zekri Sabri (15) dan Md Syarifuddin Azman (18) memasuki Pusingan kedua. Pendahulu kutipan mata Md Fadli Shah Redzuan (13) melengkapkan kelompok empat pelumba hadapan yang menjarakkan diri dari pelumba lain. Kemaraan Alif nyata tidak mampu digugat pelumba lain apabila beliau mula menjarakkan diri dan mara hinggalah ke garisan penamat. Malahan kedudukan pertama sehingga keenam telah kekal ke penamat perlumbaan sejak pusingan ketiga lagi.

Kesemua pelumba berjaya menamatkan perlumbaan di Kemaman hari ini bagi menimba pengalaman berharga buat mereka, walaupun terdapat beberapa perlanggaran kecil.

Md Alif Ashraf nyata gembira dengan dua kemenangan berturutnya. “Saya bermula agak baik dari mula di tempat kedua, dan berjaya memintas Faiz Zekri seawal pusingan pertama lagi,” kata Alif sewaktu ditemui. “Kecergasan badan adalah penting, dan saya sering melakukan latihan fizikal bersama ayah dan juga kawan kawan.”

Penyudahan tempat keempat masih membolehkan Md Fadli Shah mendahului carta kutipan mata dengan 120 mata diikuti Faiz Zekri (95 mata) dan Alif Asraf di tempat ketiga dengan hanya satu mata di belakang Faiz.

,