fbpx

KASMA TERPANTAS DI TELUK INTAN


Kasma Daniel Kasmayuddin meneruskan aksi cemerlang apabila memulakan saingan separuh musim kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dengan mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa kategori CP130 di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang masih segar dengan pengalaman menjalani latihan di Akademi VR46, akademi milik juara dunia, Valentino Rossi mencatat masa terpantas 53.059s mengatasi catatan dua rakan sepasukan, Abdul Muhaimin Roslan dan Ahmad Fazli Sham.

Abd Muhaimin muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 53.269s manakala Ahmad Fazli dengan masa 53.516s.

“Terdapat sedikit perubahan dimana sesetengah selekoh menjadi lebih lebar dan menyaksikan pelumba dapat mencatat masa yang lebih pantas. Jika bukan disebabkan masalah enjin pada penghujung sesi ujian masa, saya yakin dapat mencatat masa di bawah 53 saat,” jelas Kasma.

Sementara itu, Norizman Ismail muncul pelumba terbaik yang menggunakan jentera Honda apabila pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu di mencatat masa keempat terpantas dengan masa 53.609s diikuti rakan sepasukan, Md Hafiz Nor Azman dengan masa 53.617s.

Sementara itu, Tengku Amirul Haffirudin dari pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang mencatat masa terpantas dalam kategori CP115 dengan masa 54.769s manakala Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) muncul pelumba terpantas kategori Wira dengan masa 55.656s.

Keputusan Ujian Masa:

CP130

1. Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) Yamaha 53.059s
2. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 53.269s
3. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 53.516s
4. Norizman Ismail (SGR) Honda 53.609s
5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 53.617s

CP115

1. Tg Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 54.769s
2. Md Syafiq Rosli (PRK) Honda 54.797s
3. Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha 54.869s
4. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 54.906s
5. Md Muzakkir Mohamed (SGR) Yamaha 55.137s

WIRA

1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 55.656s
2. Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Honda 55.903s
3. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 56.245s
4. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 56.437s
5. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 56.777s

, , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *