fbpx

KASMA RAIH KEMENANGAN KEEMPAT DI TELUK INTAN


CP130-03Kasma Daniel Kasmayudin meraih kemenangan keempat dalam saingan CP130 dengan aksi dominan sejak sesi pertama sehingga ke perlumbaan akhir pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim 2016 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang bermula dari petak pertama itu berjaya menamatkan 18 pusingan keseluruhan dengan masa 16’04.642s, 8.115s dihadapan rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan perlumbaan dengan masa 16’12.757s.

Adik Fazli, Ahmad Fazrul Sham dari pasukan AHM Motorsports menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 16’15.894s.

“Saya berada di kedudukan terbaik untuk memenangi perlumbaan, jadi saya hanya kekal fokus di sepanjang perlumbaan dan cuba menjarakkan diri dari Fazli yang berada di belakang. Kemenangan hatrik dan keempat pada musim ini membantu saya untuk naik ke tangga teratas keseluruhan namun bukan jaminan untuk saya memenangi gelaran musim ini. Ahmad Fazli hanya dua mata di belakang dan saingan musim ini juga masih panjang,” jelas Kasma.

Kemenangan ini meletakkan Kasma di tangga teratas dengan 100 mata diikuti Fazli, 98 dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 52 mata.

CP115-03Dalam kelas CP115, Md Syafiq Rosli meraih kemenangan pertamanya pada musim ini dalam pertembungan sengit bersama pendahulu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang).

Namun, pelumba M-Seki Liberty Honda itu berjaya mengatasi cabaran Tengku Amirul untuk menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 13’55.485s manakala Tengku Amirul ketinggalan 6.7s di belakang untuk berada di kedudukan kedua.

Md Akid Aziz (PETRONAS Yamaha Maju Motor) di kedudukan ketiga dengan masa 14’02.418s.

Tengku Amirul kekal sebagai pendahulu dengan mengumpul 90 mata diikuti Akid kedua, 61 mata dan rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues ketiga, 60 mata.

Dalam saingan kelas Wira, pelumba pasukan kendalian bekas juara kelas perdana Kejuaraan Cub Prix, IUGB AFB Tech Racing, Md Helmi Azman meraih gelaran juara buat pertama kali dengan catatan masa 11’16.566s diikuti Md Amirul Arif Ramlee (PETRONAS Yamaha) kedua, 11’22.066s diikuti Md Afizi Supaaat (Persendirian) ketiga, 11’32.148s.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing, MMd Shafiq Ezzariq mendahului kedudukan pelumba dengan 113 mata diikuti Helmi kedua, 78 mata dan Amirul ketiga, 52 mata.

, , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *