fbpx

KASMA HARAP ADA PERUBAHAN POSITIF DI TANGKAK


Suram pada pembukaan Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2024, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin berharap ada peningkatan positif pada pusingan akan datang.

Pada Pusingan 1 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2024, Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin bergelut dengan jentera yang tidak konsisten menyaksikannya sukar mempamerkan aksi cemerlang di Litar Jasin, Melaka.

Bermula dengan sesi latihan bebas, Kasma menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir, tempat ke-16 pada sesi kelayakan 1 seterusnya berjaya meraih kedudukan ketiga di sesi kelayakan 2. Tetapi malang sekali, momentum itu bukan sahaja tidak berterusan hingga ke perlumbaan akhir, Kasma menamatkan saingan Pusingan 1 dengan “Tidak Menamatkan Perlumbaan” (DNF).

Kasma berkongsi “Saya agak bergelut dengan motor dari sesi latihan, saya tidak dapat nak keluar kerana motosikal saya tidak boleh dihidupkan, kerana ada masalah ‘mechanical wiring’ dan pada sesi kelayakan 1 saya tidak dapat keluar dengan banyak pusingan, kerana pelarasan motosikal saya agak kurang baik dan saya pun ada terjatuh dua kali.”

“Kami ada juga mencuba barang yang baharu seperti ‘sport rim’ serta ‘monoshock’ belakang, tetapi bagi saya itu bukanlah penyebab saya tidak dapat keputusan yang baik”

“Kami satu pasukan mengalami isu yang sama pada jentera, dan saya agak kecewa kerana dari sesi latihan bebas saya tidak mendapat keputusan yang baik. Pada sesi kelayakan 2 sahaja saya peroleh keputusan yang agak baik tetapi masih tidak memuaskan”

Selain Kasma, rakan sepasukannya, Nazirul Izzat Md Bahauddin, Md Syafiq Rosli turut berdepan isu mencari peralasan jentera yang terbaik sekaligus terkesan dalam usaha melengkapkan perlumbaan.

Bagaimanapun, juara keseluruhan 2016 dan 2017 itu tidak terkesan dengan isu itu terlalu lama, kerana keputusan kurang baik tidak bererti pelumba tidak bagus, cuma tiada rezeki. Lebih-lebih lagi, di kategori perlumbaan yang agak kompetitif.

Kata Kasma, “Saya agak kecewa, tetapi kita bekerja secara berpasukan, kalau saya terus menunjukkan kekecewaan ini, satu pasukan akan turut sama kecewa seperti saya, jadi saya menganggap itu tiada rezeki sahaja bagi saya. Tidak menafikan ianya memang sukar untuk diterima, tapi saya akur dengan keputusan perlumbaan saya, mungkin pada pembukaan yang agak kurang baik ini, saya dapat memperbaiki dan lebihkanrsemangat menjelang pusingan seterusnya. Saya dan pasukan akan menggandakan usaha untuk keputusan lebih baik dalam perlumbaan akan datang!”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook