fbpx

KALENDAR KEJUARAAN MUSIM KE-30


Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, Musim 29 meraikan satu lagi kejayaan dengan pusingan terakhirnya di Batu Kawan, Pulau Pinang. Walaupun cabaran pasca pandemik tidak memberikan ketentuan yang sewajarnya, namun PETRONAS bersama-sama dengan pihak penganjur kejuaraan telah berjaya mencari jalan untuk beroperasi di samping norma baharu demi mencapai misi bersama dalam memenuhi kejuaraan perlumbaan motosikal 10-pusingan tersebut.

Menurut Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn. Bhd, “Situasi pandemik selama lebih dua tahun ini sememangnya telah menjadi suatu cabaran bagi semua pihak. Namun begitu, di sebalik cabaran tersebut, kami telah memperolehi suatu pandangan yang amat berbeza dan positif terutamanya dalam penggunaan kemahiran kreatif dan inovasi untuk terus memajukan kejuaraan permotoran nasional ini termasuk dalam usaha kami untuk memacu kesedaran and memupuk minat di kalangan generasi muda. Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk masa depan dan dengan peralihan secara progresif ke arah situasi yang lebih terkawal dan stabil, kami berharap bahawa kejuaraan Cub Prix akan kembali seperti biasa.”

“Pencapaian kami sudah pasti tidak kesampaian jikalau bukan kerana langkah-langkah teratur dan kerjasama daripada sahabat-sahabat Cub Prix dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengecapi misi bersama. Terima kasih dan Syabas kepada semua. Tahniah juga kepada para pelumba dan pasukan untuk satu lagi kejayaan!”

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan menyambut ulang tahun ke-30 pada tahun 2023. Kalendar Kejuaraan untuk Musim ke-30 di bawah:

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

,