fbpx

IRFAN HAYKAL MENYINAR, KC RACING MULA MENGORAK LANGKAH

Dalam perlumbaan Pusingan 7 yang berlangsung di Litar Tangkak, pelumba cilik pasukan KC Racing, Irfan Haykhal selesa memenangi perlumbaan

Pasukan Moto1 Koyoko Honda KC Racing mula mengorak langkah mencabar pasukan-pasukan lain untuk berada di tangga teratas podium kategori Wira KBS. Dalam perlumbaan Pusingan 7 yang berlangsung di Litar Tangkak pada 6 November tempoh hari, pelumba cilik pasukan KC Racing, Irfan Haykhal selesa memenangi perlumbaan dengan catatan masa 9’29.226s.

Irfan memulakan perlumbaan dari petak ke-tiga, sebaris dengan dua rakan sepasukan Idemitsu DFZ Honda Racing, Mohd Farid Hakimi Farid Sezli dan Mohd Idlan Haqimi Raduan. Permulaan yang laju membolehkan Irfan menguasai perlumbaan bermula dari lap pertama.

Haykal bergegas menjarakkan diri dari pesaing lain. Sampai di lap ke-4, Irfan sudah berada 1.08 saat di hadapan pesaing-pesaing lain.

“Saya tidak banyak berfikir apabila berjaya membimbing pada awal perlumbaan. Saya cuma fokus agar konsisten di setiap lap,” jelas Haykhal.

Tempat kedua dimenangi oleh Mohd Adam Haikal Jahar dari pasukan Wiramuda V-Fiertech Academy Racing dengan catatan masa 9’33.126s.

Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas, juga dari pasukan Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team, menceriakan pasukan mereka apabila berjaya menduduki tempat ke-3 dengan catatan masa 9’33.564s.

Pemenang pusingan 6, Mohd Harith Haziq Zamri, malangnya tercicir pada lap ke-10.

Pendahulu kejuaraan, Mohd Aqil Danial Nasrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-10. Enam mata kejuaraan yang diperolehi masih mencukupi untuk mempertahankan kedudukan Aqil di tangga teratas Wira KBS. Aqil kini mendahului kejuaraan dengan 113 mata, disusuli  Harith Haziq di tangga kedua dengan 99 mata.

WIRA KBS ROUND 6 RESULTS

  1. Mohd Irfan Haykhal Amidi (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 9’29.226s
  2. Mohd Adam Haikal Jahar (Yamaha, Wiramuda V-Fiertech Academy Racing), 9’33.126s
  3. Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 9’33.564s

WIRA KBS RIDER STANDINGS AFTER ROUND 7

  1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 113 pts
  2. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 99 pts
  3. Danial Johan (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 95 pts

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook