fbpx

HAFIZA ROFA MENCATAT KEMENANGAN KEDUA MUSIM 2021

Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team berjaya mencatat kemenangan kedua musim 2021 di Litar Tangkak

Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team berjaya mencatat kemenangan kedua musim 2021 di Pusingan 7 Kejohanan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Litar Tangkak pada 6 November, 2021.

Meskipun bermula dari petak pertama, permulaan yang agak lambat dari Hafiza menyukarkan hajat pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing team itu untuk menaiki podium teratas kategori CP115.

Perlumbaan sepanjang 15 lap itu bermula dengan pelumba pasukan Yamaha GenBlu AHM Motorsports, Mohd Zaki Ahmad Zamri, mendominasi di posisi pertama. Namun demikian, Zaki mula menerima tentangan hebat dari Hafiza Rofa pada lap ke-10.

Hafiza yang jelas lebih berpengalaman berjaya memintas pada lap ke-12 dan akhirnya meragut bendera kemenangan dengan catatan masa 11’44.996s.

“Perlumbaan yang amat mencabar. Saya bermula agak lambat dan terpaksa memintas ramai pelumba untuk tiba di pendahulu perlumbaan. Insiden pada lap ke-5 ataupun ke-6 membuka ruang pada saya untuk mula mencabar Zaki Zamri,” kata Hafiza.

Zaki dari pasukan Yamaha GenBlu AHM Motorsports terpaksa akur di tempat kedua dengan 11’45.355s. Walaupun begitu, Zaki masih boleh berbangga dengan keputusan podium pertama dalam kategori CP125.

Pendahulu kejuaraan, Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga dan kini mendahului kategori CP125 dengan 130 mata.

CP125 ROUND 7 RESULTS

  1. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’44.996s
  2. Mohd Zaki Ahmad Zamri (Yamaha, Yamaha GenBlu AHM Motorsports), 11’45.355s
  3. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’49.254s

CP125 RIDER STANDINGS AFTER ROUND 7

  1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 130 pts
  2. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 102 pts
  3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 98 pts

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook