fbpx

IQRAM TERPANTAS WIRA KBS


Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mencatatkan masa terpantas bagi kategori Wira KBS di sesi kelayakan pusingan kelima, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu.

Pada sesi latihan 1 tadi, Iqram Danish mencatatkan masa terpantas pada 53’397s. Rakan sepasukan dari Bad Lab Honda KC Racing, Farish Iqmal dan Adib Hareez mencatatkan masa kedua dan ketiga terpantas masing-masing dengan catatan masa 53’848s dan 53’936s. Di sesi latihan bebas 2, Iqram Danish dan Farish Iqmal sekali lagi mencatatkan masa terpantas dan kedua terpantas masing-masing dengan catatan masa 53’049s dan 53’193s diikuti oleh Adib Arsyad dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing pada 53’194s.

Di sesi kelayakan yang berlangsung pada waktu petang tadi, Iqram Danish mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 52’852s. Pada musim lepas, Iqram Danish yang telah berlumba di kategori Yamaha PETRONAS Super Series menamatkan perlumbaan di tempat keempat belas bagi pusingan keempat dan di tempat ketiga bagi pusingan ketujuh. Musim ini kelihatan agak positif bagi beliau dan setakat ini, Iqram Danish telah mengumpul sebanyak 57 mata dan berada di kedudukan ketiga secara keseluruhan.

Menurut Iqram Danish, “Pada sesi kelayakan tadi, saya telah mencabar diri saya untuk buat yang terbaik. Keadaan jentera saya juga bagus. Saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan jentera saya maka saya dapat “push” untuk dapatkan masa yang baik. Keadaan cuaca pada hari ini juga agak menyenangkan. Bagi perlumbaan esok, saya ingin memperbaiki lagi catatan masa saya dan berharap untuk menang.”

Di tempat kedua terpantas adalah rakan sepasukan, Md Adib Arsyad dengan catatan masa 52’865s.

Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mengambil tempat ketiga terpantas pada 53’047s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,