Pusingan 9 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Stadium Batu Kawan pada hujung minggu ini. Mampukah Md Idlan Haqimi dari pasukan Zynergys Honda KC Racing berikan cabaran terbaik dalam misi mengejar kedudukan ketiga secara keseluruhan dalam kategori CP125?
Musim ini merupakan musim yang agak berlainan bagi Idlan yang telah tampil dengan peningkatan prestasi dan kemahiran yang lebih menyeluruh dalam kategori CP125 yang juga dikenali sebagai suatu kategori yang aggresif. Sepanjang musim ini, beliau telah membuktikan bukan sahaja kebolehan untuk bersaing dengan lebih kompetitif malah juga telah mengecapi pencapaian lap masa yang lebih konsisten di semua litar.
Walau bagaimanapun, persaingan di antara beliau dan pesaing terdekatnya, Emil Idzhar Ezuan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing akan berterusan dan bakal menjadi sengit, lebih-lebih lagi di dua pusingan terakhir yang akan menjadi penentu kejayaan mereka untuk musim ini. Persoalannya, bolehkah Idlan menggunakan daya saingannya untuk mengumpul mata yang secukupnya? Pada musim lepas, Emil yang telah berlumba di kategori CP150 menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh manakala Idlan pula menamatkan persaingannya di tempat kelima di kategori CP125.
Menurut Idlan, “Setiap perlumbaan memberikan saya cabaran yang berlainan dan saya harus lebih besedia untuk mengatasinya. Saya juga perlu menambah baik tahap konsisten saya di setiap perlumbaan. Emil adalah pesaing terdekat saya buat masa ini dan beliau adalah seorang pelumba yang agak konsisten. Saya perlu Tingkatkan lagi tahap kecergasan fizikal saya supaya dapat memberikan saingan yang lebih baik. Persediaan buat masa ini adalah dari segi latihan tunggangan. Saya juga banyak melakukan latihan kecergasan untuk mempersiapkan diri untuk perlumbaan seterusnya. Selain itu, saya juga membuat ulangkaji dengan melihat video-video perlumbaan musim lalu untuk mencari dan membaiki kelemahan saya. Matlamat saya pada musim ini adalah untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga secara keseluruhan.”
Emil pula berkata, “Bagi saya cabaran di litar Batu Kawan adalah untuk memberikan saingan terbaik untuk menamatkan musim ini di tempat ketiga teratas. Namun begitu, saya tahu yang Idlan juga akan memberikan saingan yang sama. Kelebihan Idlan adalah pengalaman di mana beliau lebih berpengalaman berbanding dengan saya dan mempunyai perancangan yang bagus. Tetapi, saya agak bersedia dari segi kecergasan fizikal dan juga kekuatan mental dan mungkin di perlumbaan kali ini, saya dapat menggantikan strategi kebiasaan dengan yang berlainan. Langkah seterusnya agak sukar tetapi saya perlu mencapai pencapaian di podium di pusingan yang akan datang supaya senang untuk menamatkan musim ini di tangga ketiga secara keseluruhan.”
IDLAN AND EMIL – THE BATTLE FOR 2nd RUNNER UP
Round 9 of the PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Championship will be held at Batu Kawan Stadium this coming weekend. Will Md Idlan Haqimi of Zynergys Honda KC Racing be able to give his best in his mission to chase the top three position in the CP125 race category?
This season has been quite different for Idlan who has emerged with quite an improvement in his performance and a more comprehensive skill in the CP125 race category which is also known to be one of the most aggressive race categories in the championship. Throughout the season, he has also showcased not only the ability to compete competitively but also in achieving a more consistent lap time in all the circuit grounds.
Nevertheless, the competition between his closest contender, Emil Idhar Ezuan of PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing will be an on-going one and is bound to get even more competitive, more so with the final two rounds that will determine their successes for this season. The question remains. Will Idlan be able to put his strength to good use and collect the much-needed points on Batu Kawan circuit? Last season, Emil who raced in the CP150 race category completed seventh whereas Idlan concluded fifth in the CP125 on the circuit ground.
Commenting on the race, Idlan said, “Each race comes with a different kind of challenge and I have to be more prepared to overcome it. I have to work on my consistency level every time I am on the racing ground. Emil is my closest contender for now and he is one of the most consistent riders. I have to keep up with my fitness level so that I can fight competitively. The current preparations are mostly riding training. I also do a lot of physical training to prepare myself for the coming race. Apart from that, I also do a lot of revision by reviewing the previous race videos to find my limitations and fix it. The goal for the season is to finish the race at the third spot overall.”
Emil on the other hand said, “The main challenge at Batu Kawan circuit it to fight competitively and finish the race at the top three positions. But I do know that Idlan will also do the same and will give his best. Idlan definitely has a better advantage when it comes to experience. He also has good planning. But, I am also quite prepared in terms of fitness and also mental strength and maybe in the coming race, I will be able to replace the usual strategy with a fresh, new one. The next step will be hard but I will have to find my way to finish the race on the podium so that it would be easy to conclude the season at the third spot overall.”

