HI-REV Kembali ke Arena Cub Prix

HI-REV memulakan tahun baharu 2017 dengan pengumuman penyertaan jenama itu dalam acara perlumbaan kejohanan tempatan dan antarabangsa, termasuklah Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan juga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada tahun 2017. Baru-baru ini HI-REV telah memperkenalkan jentera perlumbaan mereka pada perjumpaan tahunan sambutan pra- Tahun Baru Cina tahunan dengan peniaga dan pengedar di seluruh negara.

20161223_104902

Jenama ini mempunyai sejarah kehadiran yang panjang dalam kedua dua kejohanan ini dan telah memenangi pelbagai gelaran sewaktu penglibatan mereka. Penyertaan semula ini merupakan sebahagian daripada rancangan jenama ini untuk menglibatan diri secara aktif dalam sukan bermotor dan berkongsi teknologi minyak pelincir mereka bagi meningkatkan prestasi enjin.

20161223_103839 DI

Hi Rev pernah diwakili oleh M. Meganathan dan Wazi Abdul Hamid untuk pasukan Team Suzuki Hi Rev dalam kejohanan Cub Prix sehingga awal milineum ini. Hi-Rev juga pernah menyertai acara lumba kereta seperti Lumba Merdeka 300km Proton yang diwakili oleh pelumba Eric Yeo dan Raymond Tan pada satu ketika dulu.

Pelincir HI-REV menawarkan barisan produk minyak motosikal premium, minyak enjin dan pelincir industri, dan dihasilkan menggunakan standard pengilangan yang ketat yang diperakui di bawah ISO9001: Sistem Pengurusan Kualiti 2008.

Dapatkan lebih banyak maklumat daripada laman perlumbaan HI-REV di www.facebook.com/hirevjunction/


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *