fbpx

Gaji pelumba F1 2016 – Siapa paling tinggi?


Senarai tahunan gaji Formula 1 telah diterbitkan dan kali ini Lewis Hamilton menewaskan Fernando Alonso dari kedudukan teratas.

Menurut maklumat yang disenaraikan oleh Business Book GP dan dilaporkan oleh Sportune.fr mendakwa juara dunia F1 tiga kali meraih €32,000,000 musim ini, naik €7,000,000 daripada gajinya pada tahun sebelumnya, hasil daripada perjanjian baharu yang ditandatangani dengan Mercedes dua belas bulan yang lalu. Jumlah ini tidak mengambil kira apa-apa faedah lain dari luar.

Sementara itu, Sebastian Vettel telah mendapat kenaikan gaji dalam pusingan kedua dengan Ferrari, meningkat daripada €28 juta kepada €30 juta, sama seperti Fernando Alonso yang memandu untuk McLaren-Honda, yang sebenarnya turun sebanyak €5 juta berbanding 2015 walaupun ia nya tidak jelas mengapa.

Jenson Button pula berada di tempat keempat, dianggarkan telah mendapat €17m di tahun akhirnya sebagai pemandu perlumbaan untuk McLaren-Honda. melainkan jika beliau kembali menyertai juara Nico Rosberg paad tahun 2018 kelak dengan tawaran relatif dengan gaji sebanyak €16 juta. Pelumba Jerman itu memang mempunyai kontrak Mercedes untuk tahun 2017 dan 2018 yang dikatakan bernilai sekitar €20- €25 juta setiap tahun, tetapi kini akan melepaskannya berikutan keputusannya untuk bersara awal.

Kimi Raikkonen melengkapkan kedudukan kelapan dengan €8 juta, berbanding dengan gaji €18,000,000 yang dikatakan telah diperolehinya pada tahun 2015. beliau diikuti oleh para pemandu Red Bull iaitu Daniel Ricciardo dengan € 5,500,000 (+ €4juta berbanding 2015), dan Felipe Massa, Sergio Perez dan Nico Hülkenberg, kesemuanya dikatakan meperoleh €4juta, iaitu tiada perubahan berbanding dengan tahun sebelumnya.

Romain Grosjean telah mengalami pemotongan €1 juta selepas berpindah ke Haas, manakala Valtteri Bottas menyaksikan peningkatan pendapatannya dengan jumlah yang sama iaitu €3 juta.

Max Verstappen pula hanya memperoleh €500,000 tetapi pasti akan mendapat lebih lagi dalam tahun 2016 berikutan naik tarafnya pada bulan Mei dan keputusan Red Bull untuk menandatangani kontrak jangka panjang dengan beliau.

Maklumat penuh adalah seperti berikut :

[one_sixth]

PEMANDU

1. Lewis Hamilton
2. Sebastian Vettel
3. Fernando Alonso
4. Jenson Button
5. Nico Rosberg
6. Kimi Raikkonen
7. Daniel Ricciardo
8. Felipe Massa Williams
= Nico Hulkenberg
= Sergio Perez
11. Romain Grosjean
= Valtteri Bottas
13. Esteban Gutierrez
14. Kevin Magnussen
15. Daniil Kvyat
16. Max Verstappen
= Pascal Wehrlein
18. Carlos Sainz
19. Jolyon Palmer
20. Felipe Nasr
= Marcus Ericsson
22. Rio Haryanto
23. Esteban Ocon[/one_sixth]

[one_sixth]

PASUKAN

Mercedes
Ferrari
McLaren-Honda
McLaren-Honda
Mercedes
Ferrari
Red Bull Racing
Williams
Force India F1
Force India F1
Haas F1 Team
Williams
Haas F1 Team
Renault
Toro Rosso/Red Bull Racing
Red Bull Racing/Toro Rosso
Manor
Toro Rosso
Renault
Sauber
Sauber
Manor
Manor[/one_sixth]

[one_sixth]

GAJI SETAHUN

€32 juta
€30 juta
€30 juta
€17 juta
€16 juta
€8 juta
€5.5 juta
€4 juta
€4 juta
€4m
€3 juta
€3 juta
€750,000
€750,000
€750,000
€500,000
€500,000
€350,000
€250,000
€200,000
€200,000
€150,000
-tidak disenaraikan-[/one_sixth]

[one]
Jumlah yang dibelanjakan pasukan F1 sebagai gaji pemandu 2016:
[/one]
[one_sixth]1. Mercedes
2. McLaren-Honda
3. Ferrari
4. Force India
5. Williams
6. Red Bull Racing
7. Renault
8. Scuderia Toro Rosso
9. Manor
10. Sauber[/one_sixth][one_sixth]€48 juta
€47 juta
€38 juta
€8 juta
€7 juta
€6-6.25 juta
€1 juta
€750,000-€1 juta
€650,000
€400,000[/one_sixth]


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *