fbpx
Selepas mempamerkan aksi konsisten di pentas Asia musim ini, Helmi Azman cuba membawa semangat itu bagi cabaran CP150 pada hujung minggu ini

HELMI BEKAL SEMANGAT ARRC

Selepas mempamerkan aksi konsisten di pentas Asia musim ini, Helmi Azman cuba membawa semangat itu bagi cabaran CP150 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang akan memasuki Pusingan 3 hujung minggu ini. Sedar bakal bedepan tugas sukar, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran malah lebih selesa untuk melihat situasi semasa pada minggu perlumbaan nanti.

“Buat masa ini saya tak meletakkan apa-apa sasaran, segalanya bergantung pada keadaan nanti. Kami masih cuba mencari setup terbaik dengan pelbagai barang baru. Jika kami dapat jumpa setup saya pasti akan beri saingan buat pelumba-pelumba lain”, ujar bekas Juara CP150 musim 2020 itu. 

Pelumba-pelumba pasukan SCK Honda Racing Team dilihat bergelut untuk mencari pelarasan jentera bagi menyaingi pasukan lain.

“Setiap pelumba pastinya inginkan kemenangan dan keputusan yang baik tapi rezeki kami tahun ini mungkin belum sampai dan kami tidak patah semangat. Saya mengharapkan momentum positif dari ARRC dapat membantu saya mencipta keputusan yang lebih baik dari perlumbaan sebelum ini”, jelas Helmi yang kini mendahului kategori Supersports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia.

Pertembungan sengit pelumba terbaik negara dalam kategori CP150 bakal disaksikan di Litar Sepang Selatan pada 11-12 Jun nanti bagi aksi Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook