fbpx

ALIFF DANIAL SERTAI VR46 MASTER CAMP

Aliff Danial Muhammad Asri telah terpilih untuk menyertai Yamaha VR46 Master Camp di Tavullia, Itali dari 7 hingga 11 Jun 2022

Md Aliff Danial Muhammad Asri telah terpilih untuk menyertai Yamaha VR46 Master Camp di Tavullia, Itali dari 7 hingga 11 Jun 2022. Beliau bersama empat lagi pelumba lain dari seluruh Asia akan menjalani pelbagai latihan di akedemi milik Valentino Rossi itu.

Aliff Danial akan terlepas aksi perlumbaan CP125 Pusingan 3 pada hujung minggu ini dan tempat beliau akan digantikan oleh Farres Putra.

Farres yang merupakan bekas juara MiniGP Malaysia musim lalu akan bergandingan dengan Syafiq Rosli bagi membawa cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor. Mereka kini berada pada kedudukan kedua keseluruhan pasukan terbaik dan pastinya pelumba muda ini diharap dapat memberi sumbangan buat pasukan selain menimba pengalaman dalam perlumbaan Cub Prix.

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Pusingan 3 akan berlangsung pada 11-12 Jun ini di Litar Sepang Selatan dan akan dibuka untuk penonton. Masuk adalah percuma.

Foto : Yamaha VR46 Master Camp

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , , ,