Harapan Syairul Yuslie Suhaimi, pelumba No 17 untuk kembali ke podium meleset apabila Md Haikal Syafik Suhaimi (11) berjaya memenangi cabaran Kemaman, yang sekaligus merupakan pencapaian terbaiknya setakat ini.
Perlumbaan bermula dengan didahului Syafi Zuhair Razak (16) dan diikuti Md Haikal Syafik Shuhaimi (11), Â Md Hazim Rosmaza (13) dan Md Hanafi Md Isnaini (12). Namun begitu permulaan pusingan kedua, Syafi telah terbabas sebelum motosikalnya dilanggar Md Hanafi Md Isnaini (12) dan beliau akhirnya terpaksa menamatkan cabarannya dalam pusingan ini.
Drama pusingan terakhir telah mendebarkan para penonto bilamana Luth Harith Erywan (2) yang berada pada kedudukan keempat ketika itu telah melanggar Syairul Yusli dan menyebabkan kedua duanya terjatuh. Bagaimanapun mereka masih mampi meneruskan perlumbaan dan Yuslie mengejar untuk menamatkan perlumbaan ditempat kelima.
Haikal tamat dengan masa 10:14.948saat manakala tempat kedua diduduki Md Haziq Md Hamdan (13) yang merupakan juara di Teluk Intan, dengan masa 10:15.845saat dan Md Nazif Nor Samsol (14) melengkapkan tangga podium dengan masa 10:22.127saat. Syairul Yuslie bagaimanapun masih mendahului kutipan mata dengan 127, diikuti Haziq (107) dan Haikal dengan 95 mata.