fbpx

HAFIZ TERPANTAS DI PASIR MAS


Litar baharu tampak memberi kelebihan buat Hafiz Nor Azman apabila berjaya mencatat masa terpantas pada sesi ujian masa kategori CP130 di hari pertama Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang kembali ke Kelantan selepas lapan tahun di Pasir Mas, hari ini.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu mencatat masa terpantas 41.254s mengatasi Md Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) yang mencatat masa terbaik 41.486s. Pendahulu keseluruhan, Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan masa 41.591s.

“Setakat empat pusingan ini, semua pelumba berbeza yang mencatat masa terpantas ketika ujian masa. Zaqhwan terpantas di pusingan pertama (MAEPS, Serdang) kemudian diikuti Fazli dan rakan sepasukan, Kasma Daniel Kasmayudin di Batu Kawan dan Kangar,” jelas Hafiz.

“Saya sukakan litar ini dan sesuai dengan gaya saya berlumba. Litar ini laju dan tidak begitu teknikal. Namun saya tetap bimbang dengan peluang untuk ke podium memandangkan masih ada sesi Superpole esok sebelum perlumbaan akhir bermula. Saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik,” jelas Hafiz.

, ,