fbpx

PUSINGAN 4 MILIK MD ZIKRI


Tuah nyata memihak kepada ketiga-tiga pemenang hari ini yang pertama kali berjaya menjejaki kaki ke podium dalam kategori PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup setelah berlaku beberapa insiden kemalangan di awal perlumbaan. Cuaca mendung juga telah menyelesakan para pelumba dan juga penonton yang sebahagian besarnya tidak berganjak untuk menyaksikan perlumbaan yang kembali ke Kelantan selepas lapan tahun.

Md Zikri Ahmad Zamri telah menjuarai Pusingan 4 dengan mencatat masa keseluruhan 7:41.438 saat, diikuti oleh pelumba wanita dari Negeri Sembilan, Nasha Edziera Md Bahauddin hampir tiga saat di belakang. Tempat terakhir podium diduduki Md Zulfakhri Rosli dengan jumlah masa 7:44.671 saat.

Dennis Lee Thim Yaw akhirnya terpaksa akur di tempat keempat walaupun pada mengejar Nasha sepanjang perlumbaan, namun Nasha berjaya memintas Zulfakhri yang mengalami masalah teknikal di pusingan terakhir. Beberapa insiden kemalangan yang berlaku seawal pusingan pertama lagi telah memberi peluang kepada para pemenang hari ini untuk berada di hadapan dan akhirnya menamatkan perlumbaan dengan keputusan terbaik masing masing setakat ini.

Dua pendahulu kutipan mata keseluruhan Mu’izz Al-Atrash dan Md Zulhilmi Yazin tidak melayakkan diri ke pusingan akhir namun masih mendahului ingan 65 dan 61 mata masing masing, dengan diikuti juara hari ini Zikri dengan 56 mata.

,