fbpx

GIVI UJI AKSESORI KEMBARA MOTOSIKAL

GiVi Rimba Raid Mat Daling 2018 yang berlangsung pada 6 hingga 8 Julai lepas menjadi medan penting buat GiVi untuk menguji ketahanan dan memperkenalkan aksesori untuk penggunaan motosikal kembara.

Givi RimbaRaid5

Dengan perlumbaan yang benar-benar mencabar ini diadakan buat julung kalinya dengan jarak 128km bermula dari Kuala Tahan, Jerantut melalui trek hutan hingga ke penamat di Kg Mat Daling, Ulu Tembeling, GiVi telah membangunkan aksesori ad hoc untuk kegunaan pelagai jenama dan model jentera sepertimana yang digunakan dalam kebanyakan acara motosikal lasak lain, bermula dari Rali Dakar hinggalah ke pertandingan kecil, dari enduro hingga motocross dan acara persendirian Givi Explorer.

Motosikal kembara berenjin kembar berkaliber yang banyak bersaing di sini merupakan salah satu segmen yang paling penting untuk GiVi dimana jualan model-model sedemikian telah melonjak dengan ketara di serata dunia.

Givi RimbaRaid7

Jentera seperti BMW R1200GS dan GS Adventure, F800GS, F700GS & F650GS, 690 Enduro KTM, 990 Adventure, 1190R Adventure & 1290 Super Adventure R, Triumph Tiger 800, Yamaha XT1200Z Super Tenere, Honda Africa Twin, Ducati Scrambler Desert Sled, Kawasaki VersysX, Royal Enfield Himalayan dan Honda CRF250 Rally merupakan antara beberapa model yang telah bersaing dalam perhimpunan jelajah hutan 100km ini di tengah-tengah hutan tropika Taman Negara di Pahang.

Givi RimbaRaid4

Pengarah Luar Negara GiVi Antarabangsa dan Pengasas GiVi Explorer, Joseph Perucca berkata, “Kami gembira menjadi sebahagian daripada siri lumba kembara ini. Kami telah mengkaji acara Rimba Raid dan telah memutuskan untuk menjadi penaja utama. Keputusan ini adalah daripada sifat dan DNA kami yang banyak dipamerkan dalam siri ini. Ia bukan keputusan komersial semata-mata tetapi juga emosi.

Givi RimbaRaid2

“Kesemua jentera yang bersaing merupakan pelbagai motosikal yang kami telah kaji untuk pembangunan dan penghasilan aksesori dari GiVi yang memuaskan hati pemilik motosikal dari seluruh dunia.”

Givi RimbaRaid1

Pelumba Malaysia Gabit Salleh mengungguli tempat pertama perlumbaan utama 100km Jungle Rally dengan catatan 2jam 33minit 07saat.

GIVI turut menghantar wakil dalam perlumbaan utama 100km Jungle Rally melalui bekas juara Expert Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Wazi Abdul Hamid (KTM 640) dan Wartawan Kembara Indonesia, Wisnu ‘Gareng’ Guntoro (Triumph Tiger 800).


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *