Pelumba Honda KC Racing, Md Firdaus Md Hamdan kini dilihat berada pada prestasi cemerlang menyasarkan untuk menjejakkan kaki ke podium pada perlumbaan Pusingan 3 yang akan berlangsung pada 11-12 Jun di Litar Sepang Selatan. Setelah mengalami kemalangan pada awal sesi kelayakan pusingan yang lalu, Firdaus terpaksa bermula di petak terakhir namun itu tidak menghalang pelumba ini untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Litar Sepang Selatan yang dianggap sebagai laman sendiri bagi pelumba dan pasukan ini, Firdaus mengganggap litar itu adalah litar kegemaran beliau. Walaupun begitu beliau berpendapat akan berdepan tugas sukar berdepan dengan pencabar lain.
“Perlumbaan di Sepang Selatan nanti merupakan satu cabaran besar buat saya kerana saya pasti semua pelumba akan mencari setup terbaik. Saya akan cuba untuk ‘save’ motor dan elak dari terjatuh dan cuba mendapatkan keputusan lebih baik daripada perlumbaan yang lalu”, kata beliau.
Pada perlumbaan terakhir di litar ini musim lalu, beliau berjaya menduduki tempat kedua namun Fidaus enggan mendabik dada dan berwaspada dengan saingan daripada pelumba lain.
“Persaingan pastinya sangat sengit, semua pelumba akan bersaing dalam satu kelompok yang besar. Saingan utama saya pastinya daripada pelumba-pelumba yang berpengalaman. Saya tak letak sasaran yang terlalu tinggi, cuma mengejar podium tapi kemenangan adalah satu bonus bagi saya. Saya perlu atur strategi terbaik kerana itu amat penting dalam perlumbaan yang sengit seperti ini”, jelas Firdaus lagi.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook