fbpx

FARRES MAHU TERUS UNGGUL

Di kategori Wira KBS Pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Selatan), pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhil berjaya mencatat masa terpantas di sesi kelayakan.

Pada sesi latihan 2, Farres mencatat masa terpantas pada 1’22:717s. Di tempat kedua adalah pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam pada 1’23:334s diikuti Md Iman Fahmi Senin dari WINBOX KM+ AXLA pada 1’23:364s.

Kemudian, pada awal sesi kelayakan menyaksikan Farres mengetuai kumpulan, namun kedudukannya dipintas oleh Adib pada minit ke-8. Di belakang Farres adalah adalah Iman yang konsisten di kedudukan ketiga.

Berbaki 3 minit sesi kelayakan, Farres berjaya Kembali ke kedudukan teratas meletakkan Adib di keduduka kedua diikuti oleh Raiyan Khardanee Md Sanusi dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING.

Kedudukan kekal sama sehingga tamat sesi kelayakan dengan Farres mencatat masa terpantas 1’22:278s.

Farres berkata, “Untuk perlumbaan esok, kita akan lihat bagaimana situasinya kerana pesaing juga ramai. Kami sedar bahawa pasukan lain juga sedang berusaha keras, dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai kemenangan esok. Pada pusingan kali ini, Alhamdulillah, pasukan kami berjaya mengetuai kedudukan keseluruhan. Jadi, sudah tentu pasukan saya berhasrat untuk menang. Strateginya mudah, pasukan perlu berada di podium, terutamanya di tempat pertama. Semua pesaing dalam Wira KBS mempunyai daya saing yang tinggi, jadi kami akan berusaha menunjukkan aksi terbaik esok.”

Di tempat kedua adalah Adib pada 1’22:754s.

Raiyan di tempat ketiga pada 1’23:052s.