fbpx

FARRES BANGKIT DI SEPANG


Sementara itu, perlumbaan kategori Wira KBS yang cukup sengit menyaksikan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhill melakukan kebangkitan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Selatan) pada pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.

Perlumbaan petang ini bermula dengan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Farres Putra Md Fadhill di petak grid pertama selepas mencatatkan masa terpantas 1’22:278s di sesi kelayakan semalam. Di petak grid kedua adalah pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam yang mencatat 1’22:754s diikuti rakan sepasukan Farres, Raiyan Khardanee Md Sanusi pada 1’23:052s.

Sejurus perlumbaan bermula, Farres memecut ke hadapan untuk mengetuai kumpulan, di belakangnya adalah Adib dan pelumba Shahzureen Que Absyar Md Khairulnizam YAMAHA SGR WINBOX KM+ AXLA mencari ruang untuk memintasnya.

Kehangatan semakin meningkat menyaksikan dua pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Raiyan dan Md Aiman Md Hafis dari BROTHERS 7 TECH RACING yang berjaya memecut ke P2 dan P3 saling memintas dalam perebutan kedudukan P2, manakala Farres konsisten di P1. Adib tidak menamatkan perlumbaan susulan berdepan masalah jentera.

Farres memenangi perlumbaan pada 9’51:252s.

Farres berkongsi, “Kejayaan ini berkat daripada usaha pasukan saya. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana banyak membantu dari mula sampai habis. Tidak lupa juga doa ibu bapa dari awal karier saya sehingga sekarang, termasuk penyokong-penyokong. Terus mendoakan saya lagi.”

Aiman akur di tempat kedua dengan catatan masa 9’51:739s.

Iman mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 9’53:491s.

, , ,