fbpx

IZAM SAMBAR PELUANG MENANG CP125

Sementara itu, di kategori CP125, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, Md Izam Ikmal Izamli muncul pemenang dalam perlumbaan pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Selatan).

Sesi “Shoot Out” yang berlangsung pada waktu pagi tadi telah menempatkan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Syamil Amsyar Md Iffende di petak grid pertama selepas beliau mencatatkan masa terpantas pada 1’20:152s. Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, Md Izam Ikmal Izamli yang mencatat 1’20:296s bermula di petak grid kedua, dan rakan sepasukannya, Md Firdaus Md Hamdan di petak ketiga pada 1’20:426s.

Perlumbaan bermula dengan Syamil mendahului perlumbaan dengan Md Afizi Supaat dari ONEXOX TKKR RACING TEAM mengekori di belakang dan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING. Md Firdaus Md Hamdan tidak dapat meneruskan perlumbaan berpunca terjatuh pada awal perlumbaan.

Persaingan semakin sengit dengan pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Md Adie Putra Sukarno berjaya memintas Syamil untuk mengetuai kumpulan di P1 pada puisngan ke-4 namun Syamil kembali mengambil P1 pada pusingan ke-5. Di P3, Izam terus mengekori 2 pelumba di hadapannya.

Pada pusingan ke-7, Md Shafiq Ezzariq dari JETRON YAMAHA YYPANG RACING TEAM yang berada dalam kelompok belakang terus memecut dan berjaya memintas semua pelumba untuk berada di P1.

Pada pusingan terakhir, Izam meningkatkan pecutannya sekaligus berjaya melepasi garisan penamat pada 11’02:110s untuk memenangi perlumbaan.

Izam berkongsi: “Pada awal perlumbaan tadi, saya cuma merancang untuk 2 pusingan teralhir sahaja, kita lihat rentak perlumbaan tadi agak aggresif. dalam pertengahan perlumabaan saya cuma kekalkan kedudukan di belakang. pada 2 pusingan terakhir tu adalah peluang yang cantik, apabila pelumba-pelumba sedang sibuk saling mengejar, saya gunakan peluang itu untuk pecut ke P1 secara sendirian, memang cukup cantik lah. Saya bersyukur untuk pencapaian hari ini.”

Tempat kedua jatuh ke tangan Adie dengan catatan masa 11’02:293s.

Syamil pula mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 11’02:305s.