Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Honda KC Racing menyambut kemenangan pertama bagi kategori Wira KBS di pusingan kelapan, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Pri pada petang ini di Litar Lumba Tangkak.
Farish yang telah memulakan perlumbaan di petak grid ketiga selepas sesi “Shoot-Out” pagi tadi telah menampilkan kepakarannya apabila beliau mencuri peluang untuk mengorak ke P1 di awal perlumbaan lagi. Walaupun Farish di beri tekanan oleh pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing yang telah mencuba sedaya upaya untuk memintasnya, Farish tidak memberikan peluang
kepada pelumba tersebut.
Sebaliknya, Farish tampil dengan strategi yang berkesan apabila beliau mengekalkan momentum lalu meninggalkan persaingnya jauh. Sepanjang perlumbaan 12-lap tersebut, Farish berjaya mempertahankan kedudukannya sebelum beliau menuju ke garisan penamat dengan catatan masa 9’29:988s.
Menurut Farish, “Pada permulaan perlumbaan, saya hanya mengekori Syamil dan pada turn kedua terakhir, saya membuka langkah untuk memintas dan berjaya. Selepas itu, saya hanya cuba mengekalkan kedudukan saya dan meningkatkan kelajuan untuk meninggalkan kelompok di
belakang.”
“Akhirnya, saya berjaya di negeri kelahiran saya. Saya berterima kasih kepada pasukan saya, Honda KC Racing kerana telah membantu saya mencari penalaan enjin yang bagus untuk pusingan ini.”
Tempat kedua jatuh ke tangan Md Adam Haikal Jahar dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing dengan catatan masa 9’31:547s.
Md Farid Hakimi Farid Sezli dari pasukan Idemitsu Honda Yam Racing mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 9’31:822s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook