fbpx

AMARAN AWAL AKID MENJELANG SUPERPOLE


Md Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pusingan kelapan bagi kategori CP150.

Md Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakkan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix pusingan kelapan bagi kategori CP150.

Dengan tiga lagi perlumbaan ke penghujung musim, pelumba-pelumba semakin agresif dan hebat dalam memberikan persaingan untuk mempertahankan kedudukan dan meraih masa terbaik. Kali ini, kelebihan Akid terpapar dalam penguasaan jentera dan penggunaan kemahiran teknikalnya apabila beliau mencatatkan masa terpantas 43:079s pada sesi kelayakkan.

Akid yang menduduki tempat ketujuh secara keseluruhan dengan jumlah 55 mata telah menaiki podium di tempat ketiga pada pusingan keenam. Pada musim lepas, beliau telah meraih tempat ketiga secara keseluruhan dengan enam podium termasuk satu kemenangan. Namun begitu, musim ini kelihatan agak mencabar baginya dengan prestasi yang kurang memuaskan.

Menurut Akid, “Sesi kelayakkan hari ini adalah baik bagi saya. Saya telah mendapat masa terpantas dengan penalaan jentera yang sesuai dan lebih baik. Saya memang selesa dan yakin dengan jentera saya.”

“Cabaran semestinya sengit esok tetapi saya akan cuba buat yang terbaik bagi sesi “Super-Pole” dan juga untuk perlumbaan akhir.”

Tempat kedua terpantas diambil oleh Md Aiman Tahiruddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 43:117s.

Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang telah mencatatkan masa terpantas pada pusingan kedua yang berlangsung di litar ini mencatatkan masa ketiga terpantas kali ini dengan catatan masa 43:268s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,