fbpx

FARISH HAMPIRI PENDAHULU KESELURUHAN


Md Farish Iqmal dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing mempamerkan aksi cemerlang di Litar Medini sebelum memenangi tempat pertama bagi kategori Wira KBS. Kemenangan bermakna di hadapan penyokong sendiri itu juga membolehkan beliau kini merapatkan jurang dengan pendahulu keseluruhan dengan hanya 4 mata.

Pada sesi kelayakan semalam, Farish Iqmal dan Adib Hareez dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing tampil dengan catatan masa terpantas dan kedua terpantas sekaligus memberikan mereka kelebihan di petak grid pertama dan kedua. Di petak grid ketiga adalan Emil Idzhar dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing.

Pada sesi perlumbaan akhir yang berlangsung tadi, Farish dengan pantas mengambil kedudukan P1 di selekoh pertama diikuti oleh Emil di P2 and Amirun di P3. Walaupun Amirun di cabar oleh Adib Hareez pada permulaan perlumbaan, Amirun berjaya membuka jurang di antara Adib Hareez sebelum berakhirnya lap 2. Di hadapan mereka, Emil cuba menutup jurang di antara Farish. Sebelum berakhirnya lap kelima, Emil dan Amirun berjaya memintas Farish. Persaingan di antara ketiga-tiga pelumba itu bertambah sengit dan masing-masing cuba untuk mendominasi litar tersebut. Dalam pada itu, Emil terlajak dan Iqram memintasnya.

Berbaki lima lap, Amirun mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Farish di P2. Persaingan di antara pelumba Honda dan Yamaha menjadi semakin sengit. Dua lap lagi, Farish memintas Amirun dan meningkatkan kelajuan untuk membina jurang. Di lap terakhir, Amirun mengejar Farish dan cuba mencari peluang untuk memintas tetapi Farish cekal mempertahankan kedudukannya sebelum menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 9’28:803s.

Menurut Farish, “Bagi saya, trek ini agak mencabar kerana ada selekoh-selekoh yang kecil. Itu adalah suatu cabaran bagi saya tetapi saya cuba mengatasi. Pada perlumbaan tadi, saya cuba untuk jauhkan diri daripada pelumba di belakang saya, cuba untuk buka jurang tetapi di pertengahan perlumbaan, saya dipintas oleh Emil dan Amirun. Saya cuba “catch-up” masa itu dan berjaya juga akhirnya di tempat pertama. Kelebihan jentera saya adalah di litar lurus dan selekoh. Di situ, saya dapat mengejar dan membuka langkah. Matlamat saya adalah untuk mendapat tempat pertama secara keseluruhan.”

Di tempat kedua adalah Amirun Haziq Johan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing dengan catatan masa 9’29:081s.

Ahmad Iqram Danish dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 9’33:021s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,