fbpx

KHAIRI DAN FAREEZ CEMERLANG DI LAMAN SENDIRI


Md Khairi Ashraf dan Md Fareez Afeez Abd Rahman dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mempamerkan persembahan cemerlang untuk merangkul kemenangan 1-2 di laman sendiri.

Pagi tadi di sesi “Shoot-Out”, ketiga-tiga pelumba Jetron Yamaha YYPang Racing Team tampil dengan aksi yang hebat. Khairi Ashraf mencatatkan masa terpantas pada 45’174s diikuti oleh Shafiq Ezzariq dengan catatan masa terpantas pada 45’365s dan Fareez Afeez dengan catatan masa terpantas pada 45’456s. Dengan itu, ketiga-tiga pelumba telah mengambil barisan hadapan di grid.

Bermulanya perlumbaan, Khairi dengan cepat memgambil kedudukan P1 diikuti oleh Fareez di P2. Pada akhir lap kedua, Fareez memintas Khairi. Di belakang kedua-dua pelumba sepasukan adalah Amirul Ariff dengan jurang 0.827s. Shafiq pula berada di kedudukan P4. Di P5, Adie cuba memintas dan berjaya dari dalam di selekoh akhir sebelum berakhirnya lap keempat sebelum Adie mengejar pelumba di hadapannya. Adie sekali lagi memintas dari dalam dan mengambil kedudukan P3.

Dalam pada itu, duo sepasukan YYPang teguh di P1 and P2. Adie yang berada 2.046s daripada mereka cuba merapati duo tersebut malangnya, Adie terjatuh dan membuka peluang kepada Hafiza untuk tampil ke P3. Duo YYPang masing-masing memberikan cabaran sengit sesama sendiri sebelum Khairi memintas Fareez. Di belakang mereka, Hafiza dipintas oleh Syukran. Berbaki 3 lap, Khairi dan Fareez cuba mengelak kesilapan. Syukran mula menghampiri duo tersebut. Namun begitu, beliau tidak berkesempatan untuk memintas duo sepasukan di hadapannya. Khairi Ashraf menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 11’34:554s.

Menurut Khairi, “Litar ini agak baru, agak susah juga untuk mencari kesesuaian tetapi saya cuba juga buat yang terbaik. Perlumbaan tadi, saya rasa agak yakin pada permulaan tetapi saya menghadapi masalah jentera di pertengahan perlumbaan. Saya hanya cuba mengekalkan kedudukan saya pada masa itu. Secara keseluruhan, saya agak gembira dengan pencapaian saya pada musim ini. Matlamat saya adalah untuk meneruskan pencapaian yang baik sehinggalah saya mencapai juara keseluruhan.”

Rakan sepasukannya, Md Fareez Afeez mengambil tempat kedua dengan catatan masa 11’35:047s.

Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Tekhne Yamaha menyambut tempat ketiga dengan catatan masa 11’35:654s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,