Pusingan 8 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 yang berlangsung hari ini di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan menyaksikan Md Farid Hakimi Farid Sezli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING menonjol sebagai pelumba terpantas keseluruhan sesi kelayakan kategori CP125.
Farid mendahului dengan catatan 46.429s, manakala rakan sepasukannya, Md Syamil Amsyar Md Iffende di tempat kedua dengan catatan masa 46.493s, sekaligus mencerahkan peluang pasukan PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING dalam perebutan petak grid pertama dalam Sesi Shoot Out esok. Turut difahamkan bahawa pasukan melakukan perubahan pada setup jentera, membolehkan Farid memaksimumkan prestasi motosikal di litar yang menuntut ketepatan dan fokus tinggi.
Tempat ketiga hingga kelima turut menyaksikan aksi rapat antara Md Aliff Danial M Asri dari J MOTORWORKS RACING TEAM dengan catatan masa 46.512s, Md Adib Arsyad Md Hisam dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR pada 46.555s, dan Md Harith Farhan Baharin dari TKKR RACING TEAM yang mencatat 46.598s.
Farid berkongsi, “Syukur Alhamdulillah, untuk petang ini dapat P1. Sebelum sesi, kami mencuba sedikit perubahan setup pada jentera, dan Alhamdulillah ia memberi kesan positif. Tapi saya tidak boleh berpuas hati sepenuhnya kerana esok Shoot Out akan menentukan petak grid CP125. Saya harap rakan sepasukan juga berikan yang terbaik supaya kita semua boleh mula perlumbaan dari kedudukan baik.”
TOP 5 FASTEST – QUALIFYING SESSION (COMBINED)
- MD FARID HAKIMI FARID SEZLI – PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING (46.429s)
- MD SYAMIL AMSYAR MD IFFENDE – PETRONAS SPRINTA YAMAHA 31 RACING (46.493s)
- MD ALIFF DANIAL M ASRI – J MOTORWORKS RACING TEAM (46.512s)
- MD ADIB ARSYAD MD HISAM – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (46.555s)
- MD HARITH FARHAN BAHARIN – TKKR RACING TEAM (46.598s)

