fbpx

FAREEZ BURU TIGA TERATAS KESELURUHAN CP125


Pusingan kesepuluh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix berlangsung hari ini di Stadium Batu Kawan. Md Fareez Afeez dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan bagi kategori CP125.

Pada pagi tadi semasa latihan bebas 1, ketiga-tiga pelumba Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas bermula dengan Fareez Afeez dengan masa terpantas pada 53’716s, diikuti oleh Khairi Ashraf dengan catatan masa terpantas pada 53’870s dan Shafiq Ezzariq dengan catatan masa terpantas pada 53’909s. Di sesi latihan bebas 2, Shafiq Ezzariq meningkatkan prestasinya dan berjaya mencatatkan masa terpantas pada 53’552s diikuti oleh rakan sepasukannya Khairi Ashraf dengan catatan masa terpantasnya pada 53’634s. Di tempat ketiga terpantas adalah Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa terpantasnya pada 53’684s.

Di sesi kelayakan tadi, Fareez Afeez memperbaiki teknik perlumbaannya dan berjaya mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa terbaiknya pada 53’295s. Pelumba YYPang ini yang tidak kurang hebat telah beraksi secara kompetitif sepanjang musim ini walaupun menghadapi pelbagai dugaan. Fareez telah meneruskan semangat berjuangnya dan telah tampil dengan suatu prestasi yang hebat pada hari ini.

Menurut Fareez, “Pertama sekali, saya bersyukur dengan keputusan pada hari ini. Sememangnya, agak sukar juga lebih-lebih lagi dengan perlumba-pelumba lain yang turut kompetitif. Kami masih sedang berusaha untuk mencari “setup” jentera yang bagus. Kami berharap esok adalah hari yang lebih baik.  Kami masih berusaha untuk mendapatkan 1-2-3 dan berharap semua akan berjalan dengan lancar untuk perlumbaan esok.”

Di tempat kedua terpantas adalah Khairi Ashraf dengan catatan masa terbaiknya pada 53’394s.

Shafiq Ezzariq mendapat tempat ketiga terpantas apabila mencatatkan masa terbaiknya pada 53’459s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,