fbpx

AFIF PAMER AKSI MENYAKINKAN


Pusingan kesepuluh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah bermula pada pagi ini di Stadium Batu Kawan. Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan pada petang tadi bagi kategori CP150.

Di sesi latihan bebas yang telah berlangsung hari ini, Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas pada 50’696s diikuti oleh Azroy Hakeem dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team dengan catatan masa terpantasnya pada 50’816s dan Kasma Danial dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa terpantasnya pada 50’962s. Di sesi kelayakan 1 pula, Afif Amran berjaya dengan catatan masa terpantas pada 50’523s diikuti oleh Haziq Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa terpantas beliau pada 50’863s dan Azroy Hakeem dengan catatan masa terpantasnya pada 50’878s.

Di sesi kelayakan 2 tadi, Afif Amran berusaha lebih dan dengan prestasinya yang lebih baik mencatatkan masa terpantas pada 50’384s. Pada musim lepas, Afif hanya mendapat tempat ketiga di sesi kelayakan apabila beliau mencatatkan masa pada 51’491s. Pada perlumbaan akhir pula, Afif kurang bernasib baik apabila DNF. Walaupun beliau meraih kejuaraan pada musim lepas, musim ini agak berbeza kerana beliau akan bersaing untuk kedudukan kedua secara keseluruhan.

Menurut Afif, “Saya bersyukur pada hari ini kerana semuanya berjalan dengan lancar pada hari ini. Yang penting adalah komunikasi di antara krew yang telah membuahkan hasil yang bagus. Kami berjaya mencari “setup” yang bagus dan catatan masa pun lebih baik berbanding dengan pada sesi pertama tadi. Esok, satu hari lagi dan kita akan buat yang terbaik.”

Azroy Hakeem pula juga tidak kurang hebat apabila beliau mencatatkan masa yang lebih pantas berbanding dengan sesi pertama tadi pada 50’514s. Ini menempatkan beliau di tempat kedua terpantas.

Akid Aziz di kedudukan ketiga terpantas dengan catatan masa pada 50’540s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,