fbpx

CP150 MENGALAMI ROMBAKAN

Perebutan takhta dalam CP150 akan berlanjutan ke Pusingan 10 setelah Ahmad Afif Amran berjaya merampas kedudukan pendahulu

Perebutan takhta dalam CP150 akan dilanjutkan di Pusingan 10 apabila Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing berjaya merampas kedudukan pendahulu setelah memenangi perlumbaan Pusingan 9.

Afif, yang sedang memburu gelaran Juara ketiga dalam kategori premier, begitu kental menghadapi tekanan dalam perlumbaan 11 lap tersebut. Walaupun dicabar hebat oleh Kasma Daniel Kasmayudin dan Mohd Akid Aziz, Afif tenang menghadapi cabaran sehingga berjaya mencatat kemenangan ketiga musim ini dengan catatan masa 15’53.188s.

Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team menduduki tempat kedua disusuli Kasma Daniel Kasmayudin. Rentak perlumbaan yang dipamerkan oleh ketiga pelumba terdahulu tidak dapat dikejar oleh kelompok kedua.

Azroy Hakeem Anuar hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-empat. Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team tersebut kini jatuh ke tangga kedua keseluruhan CP150, lapan mata kejuaraan di belakang Afif.

 

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook