fbpx

CP150 : BUKAN LAGI PENTAS KALENG-KALENG, DIBARISI PELUMBA KEJUARAAN MOTOSIKAL DUNIA

Bak kata pepatah cendawan tidak tumbuh tanpa hujan dan pokok, bakat tidak akan tampil tanpa sokongan dan platform yang betul. Bagi pelumba Malaysia pula, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub prix menjadi platform tersebut untuk mekar dan menyinar di persada dunia.

Sukan dua roda ini terutamanya Kejuaraan MCP bukan sahaja mempamerkan bakat mereka tetapi ia juga meningkatkan jati diri setiap satu pelumba untuk membawa dirinya lebih ke depan.

Terang lagi bersuluh, bukan hanya satu nama yang mula perjalanannya di medan MCP berjaya menjejaki dunia permotoran di peringkat antarabangsa malah sehingga kini beberapa pelumba tempatan sudahpun dikenali pelosok dunia, Namanya pun kian disebut-sebut.

Apabila mereka kembali beraksi di saingan MCP dengan pengalaman yang dimiliki ketika beraksi di pentas dunia, ia lebih menyengitkan saingan dan aksi yang lebih mantap diperagakan setiap pelumba bagi membuktikan kemampuan masing-masing.

Lebih menarik, tahun ini juga agak istimewa bagi setiap warga MCP termasuk setiap pasukan, pelumba dan orang belakang tabir sempena edisi ke-30. Bukan sesuatu yang mudah, untuk kekal relevan selama tiga dekad dan perkembangannya amat positif.

Akur dengan kesengitan saingan CP150, tiga pelumba yang berjaya menakluki kedudukan tiga teratas kelas CP150, Md Akid Aziz, Md Afif Amran dan Azroy Hakeem Anuar kongsi pengalaman masing-masing.

MD AKID AZIZ – JUARA KESELURUHAN CP150

Q: Tahap kesengitan dalam saingan CP150. Bagaimana anda melihat kelas ini berkembang sehingga hari ini?

A : “ Saya tidak akan menafikan tahap kesengitan di MCP tanpa mengira mana-mana kelas, sebab masing-masing sudah mula berkembang dan menimba pengalaman di pelbagai platform. Kita ada MCP, ARRC, MSBK dan kini kita ada juga pelumba yang dapat slot untuk beraksi di kejuaraan dunia seperti Kasma, Azroy dan Helmi. Sudah pastinya apabila mereka beraksi di peringkat lebih, pengalaman mereka sangat berharga dan mereka akan aplikasi pengalaman mereka Ketika beraksi di saingan tempatan.

“Kita tidak lagi boleh bergantung pada satu pelan atau satu strategi sepanjang musim. Setiap perlumbaan dan setiap litar yang berbeza memerlukan planning yang berbeza. Tidak boleh leka sebab semua pelumba mempunyai kekuatan masing-masing dan mereka juga ‘keep improving’ pada setiap pusingan. Jadi nak ‘ keep up ‘ dengan pelumba yang berpengalaman dan juga pelumba meningkat naik bukan sesuatu yang mudah.

Q: Sempena musim yang cukup istimewa, edisi ke-30, bagaimana anda melihat perkembangan platform MCP dalam membantu pelumba tempatan?

A: “ Alhamdulilah. Musim ini bukan hanya sangat bermakna buat warga MCP tetapi juga bagi saya kerana dapat julang gelaran sulung CP150. Saya pernah meraih gelaran overall CP115 tiga kali berturut-turut tetapi bagi kelas CP150, ini adalah kali pertama.

“Pertamanya terima kasih kepada keluarga saya yang memberi sokongan dan juga pasukan saya yang memberi kerjasama yang baik untuk saya kembali berada di tahap yg terbaik dan perolehi juara keseluruhan 2023. Gelaran  juara sudah tentu impian kepada semua pelumba dan menjadi impian saya juga pada setiap musim cubprix.

 “Pada pendapat saya platform cubprix ni sangat membantu untuk pelumba pergi lebih jauh tetapi pelumba hendaklah mempunyai ketekunan serta rajin melakukan perkara-perkara yang wajib untuk menjadi seorang pelumba yang Berjaya.

“Petronas Malaysian Cubprix juga mempunyai banyak kategori dari permulaan iaitu OneMakeRace sehingga kategori perdana iaitu CP150 dimana pelumba boleh tahu tahap kebolehan yang telah dan boleh di capai.“Terima Kasih kepada MCP bagi kami merealisasikan Impian setiap pelumba”

AHMAD AFIF AMRAN – TIGA KALI JUARA CP150

   A: “ Secara keseluruhannya saingan musim ini dari segi strategi semua team sangat mantap dan berbeza berbanding musim-musim sebelum ini. Maksudnya, setiap musim berbeza sebab pelumba semakin matang dan lebih handal mengendali jentera. Apatah lagi pelumba-pelumba muda yang kian meningkat. Bukan hanya pelumba tetapi jentera-jentera mereka semakin cun.

“Modification terkini bukan seperti dulu. Setiap pasukan industry mahu yang terbaik bagi pasukan mereka dan teknologi semakin brkembang. Jadi, setiap pasukan dan pelumba perlu mengejar ikut masa terkini. Aspek-aspek ini yang menjadikan semua kelas di MCP dan terutamanya kelas elit CP150 lebih sengit dari segi saingan,

A: “Perkembangan cub prix di tanah air sangat positive dari segi fasaliti dan aspek keselamatan bertambah baik dari tahun- tahun sebelum ini. Kalau kita lihat antara negara-negara di Asia, Malaysia memiliki fasiliti yang cukup mantap. MCP mempunyai satu misi yang sangat jelas dan teliti. Melahirkan ramai bakat dan ia telah membantu anak muda di Malaysia dengan menjadikan Impian satu kenyataan.”

AZROY HAKEEM ANUAR – BARU BALIK MOTOGP BRO!

A: “Yea baru sahaja habis saingan yang cukup penting dalam karier saya. Tahun kedua di pentas MotoGP. Saya perlu sebut juga di sini. Sebab utama yang saya dapat berada di pentas dunia itu adalah MCP. Di sinilah mula perjalanan saya sebagai seorang pelumba professional. Dari sini juga saya ke Asia dan kini di mata dunia walaupun slot wildcard di laman sendiri tetapi ia sangat berharga dan cukup bermakna dalam kehidupan saya,

“Sudah pastinya, pengalaman yang saya miliki di pentas MotoGP tempoh hari akan saya aplikasi dalam perlumbaan-perlumbaan lain. Sama seperti perlumbaan peringkat kebangsaan dan Asia. Saya akan sentiasa cuba yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan melalui apa yang saya belajar dari perlumbaan peringkat tinggi. Tteapi takde maknanya, hanya sebab saya beraksi di pentas dunia, saya akan dapat menakluki perlumbaan di peringkat kebangsaan. Sebab tahap kesengitan dalam MCP ini bukan rendah dan pelumbanya bukan yang kaleng-kaleng. Jadi saya sentiasa belajar. Inyallah saya akan buat terbaik dalam pusingan terakhir minggu ini.”

A: “Seperti saya katakan tadi, saya sendiri salah satu contoh produk MCP yang kini dapat peluang untuk beraksi bersama legenda-legenda MotoGP. Saya tidak akan dapat ke sana kalua bukan sebab MCP. Jadi, perkembangan MCP di tanah air tidak boleh dinafikan. Setiap anak muda yang ingin menceburi sukan permotoran, ini lah wadah terbaik untuk anda semua.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook