fbpx

CKJ RACING REKOD KEMENANGAN 1-2 KETIGA MUSIM INI


Pusingan Keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung di Litar Teluk Intan hari ini. Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meraih kemenangan bagi kategori CP150.

Di sesi “Super-Pole” yang berlangsung pagi tadi, Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas pada 47’238s lalu mengambil kedudukan pertama di grid. Dia diikuti oleh rakan sepasukannya Akid dengan catatan masa 47’310s di petak grid kedua. Di petak grid ketiga adalah Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 47’608s.

Bermulanya perlumbaan, Akid kelihatan meluru ke P1 di selekoh pertama diikuti oleh Afif di P2 and Muzakkir di P3. Azroy mengambil kedudukan P4. Di kelompok kedua, Helmi mengambil kedudukan P5 sambil mencuba untuk menutup jurang dengan kelompok di hadapannya. Di lap ketiga, Azroy berjaya memintas Muzakkir. Di selekoh-u, Helmi memintas Muzakkir dan mengambil kedudukan P4. Di hadapan, rakan sepasukan CKJ racing mengekalkan kedudukan walaupun Afif memberikan saingan hebat kepada Akid. Berbaki 10 lap, Azroy mula membuka langkah untuk merapatkan jurang dengan Afif. Di kelompok belakang, Muzakkir di berikan tekanan oleh Nazirul.

Kedua-dua pelumba Yamaha di hadapan tampak mantap mempertahankan kedudukan mereka. Tetapi pelumba Honda yang nekad untuk mara ke hadapan berjaya memintas Afif di selekoh-u untuk seketika sebelum Afif meragut kembali kedudukannya di P2. Berbaki 6 lap, kedudukan Akid kelihatan kukuh di P1. Afif kembali untuk memberi tekanan dan berbaki tiga lap, Afif berjaya memintas Akid. Akid yang tidak berpuas hati mula menyerang Afif dan di lap terakhir, di selekoh 4 dan 5, Akid memintas Afif sebelum Azroy and Akid jatuh di selekoh-u. Peluang keemasan terbuka untuk Afif yang berjaya elak situasi tersebut sebelum meluru ke garisan penamat dengan catatan masa 15’45:009s.

Menurut Afif, “Memang pada awal lagi, saya dah jangka yang Akid and Azroy akan memberikan saingan hebat sebab berat saya terlalu berat. Litar ini mempunyai banyak laluan lurus dan panjang jadi saya tahu mereka mempunyai kelebihan di situ. Saya cuba kekalkan kedudukan saya dan hanya buka langkah di selekoh-u. Rezeki saya hari ini kerana dapat tempat pertama.

Di tempat kedua adalah rakan sepasukan, Md Akid Aziz dengan catatan masa 15’49:276s.

Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mendapat tempat ketiga dengan catatan masa 15’50:184s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,