fbpx

ADIE CATAT KEMENANGAN PERTAMA


Md Adie Putra Sukarno menghadiahkan kemenangan bagi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor setelah mengharungi cabaran sengit pada petang ini di Litar Teluk Intan dalam Pusingan Keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix.

Di sesi “Shoot-Out” pagi tadi, Shafiq Ezzariq dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team mencatatkan masa terpantas dan mengambil kedudukan pertama di grid dengan catatan masa 49’483s. Di tempat kedua adalah Aliff Danial dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa terpantas pada 49’576s. Tempat ketiga di grid di ambil oleh Fareez Afeez dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan catatan masa 49’618s.

Di sesi perlumbaan akhir tadi, Aliff Danial yang mengambil kedudukan P1 di pintas oleh Qayyum. Di P3 adalah Syafiq Rosli dan di P4, Adie Putra cuba menutup jurang. Di P5 and P6 adalah rakan sepasukan YYPang. Di lap ke-3, Aliff Danial berjaya memintas Qayyum manakala Adie memperkukuhkan kedudukannya di P3 sambil memberi tekanan kepada Qayyum. Di lap ke-5, Adie berjaya memintas Qayyum sebelum membuka langkah seterusnya untuk mara ke hadapan.

Berbaki 9 lap, persaingan bertambah hebat di antara Aliff Danial and Adie sebelum Adie memintas Aliff Danial. Dalam pada itu, Shafiq Ezzariq mengorak langkah ke P4 dan mencari peluang untuk memintas Syafiq Rosli. Dua pelumba di hadapan tidak mengalah. Aliff bertukar tempat dengan Adie dan Shafiq Ezzariq memintas Syafiq Rosli. Berbaki 4 lap, Shafiq Ezzariq tampil ke P2 sebelum mulakan persaingannya dengan Aliff Danial. Dua lap sebelum berakhirnya perlumbaan, Shafiq Ezzariq memintas Aliff untuk seketika sebelum di serang balik oleh Aliff. Di lap terakhir, pertarungan di antara dua pelumba bertambah hebat. Tetapi Adie dan Shafiq Rosli yang berada di masing-masing berada P3 and P4 mengunakan strategi sebagai pelumba sepasukan untuk untuk menyerang kedua-dua pelumba di hadapan sebelum menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua. Adie mencatatkan masa 12’55:144s manakala Syafiq Rosli mencatatkan masa 12’55:430s.

Menurut Adie, “Saya bermula di petak ke-16 tetapi saya cuba untuk selit ke hadapan dari awal perlumbaan. Mujur saya dapat memasuki kelompok di hadapan. Sepanjang perlumbaan, persaingan sengit di antara kedua-dua pelumba di hadapan saya. Namun begitu, saya mendapat rezeki hari ini. Di lap terakhir, saya nampak peluang untuk memintas dan terus mengunakannya untuk meraih kemenangan pada petang ini.” Di tempat ketiga adalah Shafiq Ezzariq dair pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team dengan catatan masa 12’55:480s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,