fbpx

FARISH MENGEJAR GELARAN JUARA


Pusingan ketujuh Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung sekali lagi di Litar Permotoran Terengganu pada hujung minggu ini. Md Farish Iqmal dari pasukan Bad Lab Honda KC Racing berazam untuk mengumpul lebih mata.

Farish yang telah menamatkan musim lepas di kedudukan keempat secara keseluruhan kembali pada musim ini dengan prestasi yang mengagumkan. Beliau yang kini menduduki tempat kedua secara keseluruhan berjaya menaiki podium sebanyak tiga kali dengan kemenangan pertamanya di Litar Teluk Intan baru-baru ini. Setakat ini, Farish telah berjaya mengumpul sebanyak 89 mata dan perlu bersaing dengan lebih kompetitif memandangkan jumlah matanya sama dengan pesaing terdekatnya di kedudukan ketiga secara keseluruhan.

Menurut Farish, “Musim ini adalah musim pertama saya membawa motor jenis enjin “injection”. Oleh itu, memang sukar untuk saya mencari “setup” yang bagus dan masih banyak lagi untuk saya belajar. Selain itu, pelumba-pelumba di kategori ini juga agak kompetitif. Masing-masing agak hebat maka susah untuk mengekalkan kedudukan dan saya harus lebihkan usaha untuk sentiasa konsisten.”

“Di perlumbaan di Teluk Intan hari itu, saya berjaya mencari setup yang bagus untuk perlumbaan. Dengan itu, saya dapat bertanding di kelompok hadapan dan berjaya dengan strategi yang telah dirancang oleh pasukan saya. Secara keseluruhan, saya agak berpuas hati dengan peningkatan prestasi saya berbanding dengan musim lepas. Pesaing utama saya di musim ini adalah Amirun dan Emil kemahiran mereka memang hebat tetapi saya sentiasa “push” untuk memberikan saingan yang sengit kepada mereka. Litar Terengganu ini agak mencabar bagi saya kerana litar itu mempunyai banyak selekoh yang sempit dan berbahaya. Tetapi, saya masih juga agak cuba untuk mendapat tempat ketiga teratas. Secara keseluruhan, saya ingin cuba untuk menjadi juara bagi musim ini.”

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,