Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix sudah sampai ke penghujung rancangannya dengan acara penutup tirai pada petang ini di Stadium Batu Kawan. Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meraih kemenangan secara keseluruhan apabila Md Akid Aziz memenangi pusingan kesepuluh sekaligus menyambar takhta kejuaraan bagi kategori CP150.
Pada pagi tadi di sesi “Super-Pole”, Azroy Hakeem tampak hebat apabila mencatatkan masa terpantas pada 50’561s. Beliau mengambil kedudukan pertama di petak grid diikuti oleh duo sepasukan, Afif Amran di petak grid kedua dan Akid Aziz di petak grid ketiga masing-masing dengan catatan masa terpantas pada 50’621s dan 50’664s. Dengan ini, Afif Amran di kurniakan anugerah untuk kemenangan secara keseluruhan bagi sesi “Super-Pole” CP150 untuk musim ini.
Di sesi perlumbaan akhir tadi, Akid dengan pantas mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Afif Amran di P2 dan Muzakkir di P3. Azroy yang juga memburu takhta di kedudukan kedua secara keseluruhan mengambil P4. Di lap kedua, Azroy berjaya memintas Muzakkir. Walapun duo sepasukan telah membuka jarak yang agak ketara di antara Azroy, pelumba jentera jenis Honda tersebut terus mengejar untuk menutup jurang tersebut. Di belakangnya, Muzakkir cuba mencari peluang untuk memintas. Azroy yang semakin laju mula membuka jarak dengan kelompok di belakangnya.
Di pertengahan perlumbaan 20-lap tersebut, Haziq Fairues yang berada di P4 cuba menutup jurang di antara Azroy tetapi Azroy meneruskan momentumnya dan mengelak sebarang kesilapan dan tekanan dari belakangnya. Sementara itu, duo sepasukan di hadapan meneruskan perlumbaan di kedudukan yang same. Akid hebat mempertahankan kedudukan walaupun Afif Amran memberikan cabaran. Di lap terakhir, Akid meneruskan perlumbaan tanpa melakukan sebarang kesilapan sebelum meraih kemenangan dengan catatan masa 16’52:101s dan menyambut gelaran Juara bagi kategori CP150.
Menurut Akid, “Musim ini adalah musim yang sangat bagus untuk saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan dan krew serta ahli keluarga saya untuk dorongan dan persediaan sepanjang musim ini. Tahun ini memang sempuran bagi saya. Tidak pernah saya mendapat 9 kali podium. Maka, memang suatu pencapaian yang sangat memuaskan bagi saya. Saya juga amat bersyukur dengan keputusan dan pencapaian saya selama ini. Saya akan ke Buriram selepas ini. Saya akan buat yang terbaik. Jika ada rezeki, sudah tentu saya ingin berada di podium, jikalau tidak, saya akan cuba yang terbaik.”
Di tempat kedua adalah Ahmad Afif Amran dengan catatan masa 16’52:069s.
Azroy Hakeem Anuar mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 16’59:069s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook