Acara penutup tirai yang telah berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang menandakan suatu lagi kejayaan Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang telah menerajui aksi sukan permotoran peringkat nasional selama 30 tahun. Kejuaraan Cub Prix seterusnya akan mengorak langkah ke bab baharu dengan sepuluh lagi pusingan yang akan berlangsung di beberapa daerah di kawasan Semenanjung Malaysia.
Menurut Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg, “Musim ke-30 adalah suatu pencapaian yang sangat berbeza kerana ia menandakan usaha kami selama tiga dekad dalam pembinaan dan pembangunaan sukan permotoran peringkat nasional. Dengan pengalaman yang telah ditimba, kami akan mara ke musim seterusnya dengan matlamat untuk menaikkan lagi taraf sukan permotoran ini supaya bakat-bakat tempatan kita mempunyai peluang untuk bersaing dengan lebih kompetitif bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa. Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk musim yang akan datang dan kami berharap ia akan membangkitkan kesedaran di kalangan generasi muda untuk lebih mengenali dan memahami sukan permotoran ini. Kami juga berharap bahawa usaha kami akan membuka jalan kepada mereka yang berminat untuk menceburi sukan ini.” “Pencapaian kami sudah pasti tidak kesampaian jikalau bukan kerana langkah-langkah teratur dan kerjasama daripada pihak penaja Cub Prix terutamanya PETRONAS dan semua pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengecapi misi bersama. Terima kasih dan Syabas kepada semua. Jumpa lagi di musim yang akan datang!
Muat turun Kalendar 2024 disini>> atau layari https://malaysiancubprix.com/kalendar/
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook