fbpx

1-2 DAN JUARA


Pusingan penutup tirai Kejuraan PETRONAS Malaysian Cub Prix telah berlangsung di Stadium Batu Kawan. Jetron Yamaha YYPang Racing Team menyambut kemenangan apabila Md Khairi Ashraf menyambar gelaran juara dengan Md Fareez Afeez sebagai pemenang bagi pusingan kesepuluh.

Di sesi “Shoot-Out” yang telah berlangsung pada pagi tadi, Khairi Ashraf mencatatkan masa terpantas pada 53’394s lalu mengambil tempat pertama di grid. Di tempat kedua adalah Md Haziq Hamdan dari pasukan Castrol Power Ultimate Honda Racing Team dengan catatan masa terpantasnya pada 53’493s dan diikuti oleh Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Tekhne Yamaha dengan catatan masa terpantasnya pada 53’732s.

Bermulanya perlumbaan pada petang tadi, Fareez dengan pantas ke P1 tetapi di pintas oleh Naim dan Shafiq Ezzariq di selekoh pertama. Di selekoh terakhir, lap 1, kedua-dua pelumba YYPang memintas Naim dengan Shafiq di P1 and Fareez di P2. Khairi yang turut megejar takhta kejuaraan berada di P4 sebelum memintas Naim di akhir lap kedua. Di lap ketiga, Naim terbabas dan Haziq yang mengambil P4 mula memberikan tekanan kepada Khairi. Dalam pada itu, duo di hadapan berjaya membuka jurang lebih kurang 3 saat dengan kelompok di belakang. Di lap keenam, Haziq berjaya memintas Khairi tetapi Khairi berjaya memintas Haziq di lap 8.

Persaingan di antara duo sepasukan bertambah sengit. Berbaki 4 lap, Fareez yang pada ketika itu telah memintas Shafiq cuba mengekalkan momentumnya di P1. Khairi mula membuka jarak di antara Haziq. Shafiq pula cuba menutup jurangnya dengan Fareez tetapi Fareez tidak memberikan peluang. Di lap terakhir, Khairi melakukan kesilapan dan Haziq berjaya memintas dari dalam. Sementara itu, Fareez dan Shafiq menuju ke garisan penamat sebelum Fareez menyambar kemenangan dengan catatan masa 13’34:564s.

Menurut Fareez Afeez, “Saya agak kecewa pada permulaan perlumbaan tadi apabila saya terlajak di selekoh pertama. Tetapi saya cuba juga untuk meneruskan perlumbaan dan mengekori rakan sepasukan saya sebelum cuba memintas. Saya berjaya menutup jurang pada akhirnya dan ia telah memberikan saya kemenangan pada hari ini.”

Di tempat kedua adalah Md Shafiq Ezzariq dengan catatan masa 13’35:058s.

Md Haziq Hamdan dari pasukan Castrol Power Ultimate Honda Racing Team mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 13’38:316s.

Md Khairi Ashraf yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat di pusingan kesepuluh meraih gelaran Juara bagi kategori CP125 bagi musim ke-30.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,