Category: Yamaha
-

AFIQ TIDAK PERNAH SENDIRIAN
Setiap pelumba membawa sesuatu di atas litar. Ada yang membawa strategi, ada yang membawa keyakinan. Tetapi Afiq Hamdan dari P&U CYCLE RACING menunggang sambil membawa semangat ‘The Hamdan’s Brothers’, dua abang yang pernah membimbingnya. Di sebalik visor, dia tidak berseorangan. Afiq membawa semangat kedua-dua abangnya dan tekad yang membara. Dalam kategori AEON CREDIT SERVICE YAMAHA…
-

PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING KEMBALI KUASAI PODIUM
Md Syamil Amsyar Md Iffende dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing menamatkan perlumbaan akhir pusingan keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori Wira KBS dengan masa terpantas. Selepas dua pusingan mengharungi cabaran yang menggugat persembahannya di litar, Syamil kembali dengan kemenangan apabila beliau berjaya menguasai perlumbaan tersebut di samping persaingan yang sengit…
-

IZZAT CEKAL DALAM PENCARIAN MATA
Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing berjaya di tangga teratas pada pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Inilah kali pertama Izzat mendapat tempat pertama setelah lapan tahun berusaha. Pada empat pusingan sebelumnya, Izzat menaiki podium sekali di tempat kedua pada pusingan pertama di Sepang. Perlumbaan kedua sehingga…
-

STRATEGI AMAT PENTING BAGI ADIB UNTUK LITAR SEPANG
Md Adib Rosley dari pasukan YYPang Yamaha Racing berjaya untuk pertama kalinya di podium pada pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Adib yang merupakan juara bertahan musim ke-28 telah bergelut selama empat pusingan pada musim ini untuk mendapatkan tempat di podium. Litar Jempol memberikannya kelebihan apabila beliau menamatkan perlumbaan tersebut dengan nada positif. Sepanjang…
-

IZZAT PERBAIKI REKOD SENDIRI
Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing memperbaiki rekod peribadi beliau tahun lalu sekaligus menjadi pelumba terpantas pada sesi kelayakan Pusingan 3 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix hari ini. Walaupun sesi latihan pada hari ini bermula dengan hujan di waktu pagi diikuti dengan cuaca mendung ketika sesi kelayakan, tidak…
