Category: MCP2022
-

JENTERA BAHARU BUAT AZROY
Juara bertahan CP150, Azroy Hakeem Anuar akan kembali ke litar Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 dengan jentera baharu. Azroy serta pasukan Honda Yuzy Idemitsu akan mempertandingkan jentera baharu, Honda RSX-150 yang baru dilancarkan pada hujung tahun 2021. Ini merupakan kali pertama motorsikal baharu ini akan beraksi di litar perlumbaan. “Matlamat saya untuk tahun ini…
-

ADIB SASAR HATRIK CP125
Juara bertahan CP125 Mohd Adib Rosley bertekad untuk membantu pasukan YY Pang Yamaha Racing mempertahankan prestasi pasukan tersebut dalam kategori CP125. Menjelang pusingan pembuka tirai musim 2022 PETRONAS Malaysian Cub Prix minggu ini, Adib akan kembali ke litar berpaut dengan azam dan kegigihan. “Saya jangka perlumbaan akan menjadi lebih sengit tahun ini. Memandangkan musim 2022…
-

CP150 DIJANGKA SENGIT
Saingan CP150 musim ini dijangka sengit berdasarkan senarai pelumba yang telah diumumkan semua pasukan bertanding. Perpindahan dan kemasukan kembali beberapa pelumba kategori ini menarik perhatian peminat Cub Prix. Paling mencuri perhatian adalah kembalinya Khairul Idham Pawi atau SuperKIP ke kancah Cub Prix pada musim ini. Bekas juara kategori Wira 2014 itu buat julung kalinya akan…
-

SYAFIQ MAHU CABAR KEJUARAAN
Syafiq Rosli juara sulung CP125 ingin sekali lagi mencabar kejuaraan apabila kekal berlumba dalam kategori berkenaan. Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu sedar kehadiran beberapa muka baru dalam kategori itu bakal menambah lagi saingan namun beliau tetap optimis untuk sekali lagi merebut takhta kejuaraan. Syafiq yang bermula cemerlang pada awal musim apabila memenangi…
-

BAKAT BAHARU WARNAI WIRA KBS
Kehadiran ramai muka baharu bakal mengisi grid perlumbaan Wira KBS musim ini dan kebanyakan daripada mereka adalah bakat baru yang dicungkil dari program perlumbaan satu pengeluar yang disokong pihak Honda dan Yamaha. Program tersebut berjaya menyediakan bakat muda ini untuk bersaing dalam kelas yang lebih mencabar seperti Wira KBS. Selain pelumba baharu, kemunculan AS25 Academy…
