fbpx

CP150 DIJANGKA SENGIT

Saingan CP150 musim ini dijangka sengit berdasarkan senarai pelumba yang telah diumumkan semua pasukan bertanding

Saingan CP150 musim ini dijangka sengit berdasarkan senarai pelumba yang telah diumumkan semua pasukan bertanding. Perpindahan dan kemasukan kembali beberapa pelumba kategori ini menarik perhatian peminat Cub Prix.

Paling mencuri perhatian adalah kembalinya Khairul Idham Pawi atau SuperKIP ke kancah Cub Prix pada musim ini.

Bekas juara kategori Wira 2014 itu buat julung kalinya akan menyertai kelas premier bersama SCK Honda Racing Team dan bergandingan dengan bekas Juara CP150 musim 2020, Helmi Azman. Selain mereka berdua, pasukan tersebut akan disertai Asyraf Daniel Zamri yang pernah dinobat Juara PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup musim 2020.

Selain itu perpindahan Izzat Zaidi Salehan memperkuat cabaran pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing dijangka memberi kelebihan buat Ahmad Afif Amran dan Aiman Tahiruddin merangka strategi perlumbaan.

Mohd Shafiq Ezzariq pula kembali semula ke kelas CP150 mengisi ruang yang ditinggalkan Izzat bagi menggalas cabaran YY Pang Yamaha Racing Team.

Rozaiman Md Said dan Izam Ikmal Izamli pula akan menyertai Abdul Muhaimin Roslan di bawah Onexox Racing Team juga dijangka bakal memberi saingan kepada pelumba lain apabila bakal menggunakan jentera Yamaha pada tahun ini.

Mengulas perkembangan itu, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin berpendapat saingan kategori tersebut dijangka sengit namun tetap meletakkan sasaran untuk kembali ke prestasi terbaik musim ini sekaligus memperbaiki keputusan musim lalu.

Kasma ketika memenangi perlumbaan Pusingan 6 musim lalu

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelumba-pelumba hebat dari segi motorsikal dan kemahiran mereka. Akan tetapi, saya akan me ncuba dengan sedaya upaya untuk sekurang-kurangnya mendapat tempat ke-3 teratas”, ujar pelumba yang masih memegang rekod pelumba termuda menjuarai kategori premier Cub Prix.

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2022 yang akan membuka tirai pada 12-13 Mac nanti di Litar Sepang (Utara) dijangka menerima kehadiran penonton yang dibenarkan kembali ke perkarangan litar untuk menyaksikan perlumbaan secara langsung.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook