Category: MCP2022
-

GILIRAN SHAFIQ KUASAI CP125
Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing menguasai litar Jempol dengan kemenangan pertamanya di tangga teratas di pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix musim ke-29. Shafiq yang telah memulakan perlumbaan di petak grid kedua menyambar kedudukan P1 di lap pertama dan meneruskan perlumbaannya secara konsisten sepanjang 15 lap. Beliau telah memaparkan kehandalannya dalam…
-

KEMENANGAN KEDUA BUAT DANISH
Md Danish Aiman Zamrul sekali lagi membawa kemenangan kepada pasukannya, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing di pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, musim ke-29. Danish yang memulai perlumbaan di petak grid kedua menamatkan perlumbaan dengan suatu kejutan apabila beliau memintas rakan sepasukannya pada lap terakhir. Danish dipintas oleh rakan sepasukannya Md Syamil Amysar…
-

AZROY CATAT REKOD BAHARU
Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu mencatatkan masa terpantas bagi sesi kelayakan pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jempol. Pelumba CP150 ini telah menampilkan prestasi yang baik di Litar Jempol. Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix kembali ke Litar Jempol selepas dua tahun dan Azroy berjaya mengukir masa terpantas…
-

HAZIQ TAMPIL HEBAT DI LITAR JEMPOL
Haziq Tampil Hebat di Litar Jempol Md Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jempol bagi kategori CP125. Haziq yang secara keseluruhannya berada di kedudukan keenam telah menunjukkan kemahirannya di Litar Jempol apabila beliau mencecah masa terpantas…
-

DANISH SEMAKIN YAKIN DI LITAR
Danish Semakin Yakin di Litar Md Danish Aiman Zamrul dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jempol bagi kategori Wira KBS. Danish kelihatan yakin di litar Jempol walaupun tidak mempunyai pengalaman berlumba di litar tersebut. Keyakinannya kini…
