Haziq Tampil Hebat di Litar Jempol
Md Haziq Md Hamdan dari pasukan Honda KC Racing mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jempol bagi kategori CP125.
Haziq yang secara keseluruhannya berada di kedudukan keenam telah menunjukkan kemahirannya di Litar Jempol apabila beliau mencecah masa terpantas dengan catatan masa 46.681s.
Pada pusingan lepas, beliau berjaya menyambar tempat kedua di podium yang juga merupakan kemenangan pertama di podium.
Menurut Haziq, “Pasukan saya telah buat yang terbaik dalam persiapan jentera. Saya tidak begitu yakin dengan litar tetapi saya bersyukur kerana berjaya dengan masa terpantas.”
“Persaingan esok semestinya sengit. Tetapi saya akan buat yang terbaik bersama pasukan saya.”
Tempat kedua terpantas di ambil oleh Md Syafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing dengan catatan masa 46.718s. Tempat ketiga terpantas adalah milik Md Aliff Danial Md Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dengan catatan masa 46.839s.
Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com
Ikuti kami di Facebook