KEMENANGAN KEDUA BUAT DANISH

Md Danish Aiman Zamrul sekali lagi membawa kemenangan kepada pasukannya, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing di pusingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, musim ke-29.

Danish yang memulai perlumbaan di petak grid kedua menamatkan perlumbaan dengan suatu kejutan apabila beliau memintas rakan sepasukannya pada lap terakhir.

Danish dipintas oleh rakan sepasukannya Md Syamil Amysar Md Iffende di lap kedua. Namun begitu, beliau mendapat peluang untuk membuka langkah di lap ketujuh dan terus mengambil kesempatan untuk memintas Syamil.

Untuk empat lap seterusnya, Danish, secara konsisten mengekori Md Adam Haikal Jahar yang memulakan perlumbaan di petak grid pertama selepas mencatatkan masa terpantas di sesi “Shoot Out”. Pada lap terakhir, Danish mendapat peluang sekali lagi untuk memintas lalu mengambil alih kedudukan di P1.

Danish menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9’36:357s.

Menurut Danish, “Pada permulaan perlumbaan, saya telah buat satu kesilapan dan dipintas oleh Syamil. Namun begitu, saya cuba dapatkan kembali kepantasan jentera dan mendapat peluang untuk memintasnya.”

“Persaingan tadi sememangnya sengit. Adam agak pantas. Saya kekal konsisten sepanjang perlumbaan sehingga mendapat peluang untuk memintas Adam.”

Rakan sepasukannya, Adam mengambil tempat kedua dengan catatan masa 9’36:478s. Tempat ketiga pula diambil oleh Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Honda KC Racing dengan catatan masa 9’41:971s.

Aksi Perlumbaan Akhir Wira KBS

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook