Category: MCP2020R04
-
AKSI HAFIZA MEMANG LUAR BIASA DI KUALA TERENGGANU
Walaupun gagal untuk bergelar juara di negeri kelahirannya, namun kejayaan meraih tempat ketiga pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2020 di Litar Permotoran Terengganu semalam membawa erti yang cukup bermakna buat Md Hafiza Rofa. Sekurang-kurangnya kejayaan menjejak kaki di podium kemenangan memberi sedikit kelegaan buat pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team itu,…
-
AZROY KOTAKAN JANJI UNTUK BERGELAR JUARA
Azroy Hakeem Anuar menyempurnakan misinya dengan mudah di Litar Permotoran Terengganu apabila bergelar juara pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS hari ini. Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing itu sekali lagi mempertahankan kejuaraannya di litar yang sama dalam kelas CP150 apabila memenangi perlumbaan akhir dengan catatan masa 16:40.336 saat (s). Ternyata, litar…
-
PUSINGAN 4: PINDAAN KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN CP125
Keputusan sesi kelayakan CP125 pada Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu telah dipinda. Keputusan lima pelumba teratas dikecualikan di atas isu teknikal. Pelumba-pelumba yang terlibat termasuk Mohd Shafiq Rasol dan Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR SAG Team, Mohd Faiz Zekri Sabri dan Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi dari pasukan…
-
AZROY YAKIN KUASAI SAINGAN DI KUALA TERENGGANU
Pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar yakin untuk menguasai saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Permotoran Terengganu esok. Keyakinan itu hadir selepas pelumba asal Selangor itu muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 hari ini dengan catatan masa 49.062 saat (s) sepusingan. Meskipun keadaan cuaca kurang baik…
-
AZROY HARAPKAN TUAH LITAR PERMOTORAN TERENGGANU BERULANG
Setelah tiga kali berturut-turut menamatkan perlumbaan di kedudukan podium (tiga teratas), Azroy Hakeem Anuar kini berharap tuah musim 2019 di Litar Permotoran Terengganu akan berulang minggu ini apabila Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS singgah ke Kuala Terengganu untuk pusingan keempat musim 2020. Pelumba dari pasukan Idemitsu Yuzy Honda Racing itu mempunyai rekod yang cemerlang di…