fbpx

AZROY KUASAI SESI KELAYAKAN


Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Pusingan Keempat bermula hari ini di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) dan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Estremo Team mencatatkan masa terpantas bagi di sesi kelayakkan kategori CP150 yang berlangsung pada petang tadi.

Di sesi latihan bebas yang berlangsung pada waktu pagi, Md Izzat Zaidi Md Salehan dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mencatatkan masa terpantas pada 1’15:931s diikuti oleh Md Iqbal Amri Abd Malik dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha dengan catatan masa 1’16:296s dan Azroy dengan masa terpantasnya pada 1’16:301s. Walaupun cuaca agak mendung, pelumba-pelumba telah meneruskan sesi tersebut dengan penuh bersemangat.

Bagi sesi kelayakan pertama, Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing tekad untuk meneruskan semangat kemenangannya. Beliau muncul sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1’15:017s. Musim lepas, Akid hanya mendapat tempat kelima terpantas dalam sesi kelayakan di litar ini maka pencapaian hari ini menunjukkan peningkatan prestasi baginya. Di tempat kedua terpantas adalah rakan sepasukan, Ahmad Afif Amran dengan catatan masa 1’15:200s dan di tempat ketiga terpantas adalah Md Syafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 1’15:213s.

Bagi sesi kelayakan kedua, Azroy berjaya mencatatkan masa terpantas dengan catatan masa 1’14:815s. Pada musim lepas, beliau mendapat tempat kedua terpantas di sesi kelayakan yang berlangsung di litar ini. Md Haziq Md Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mencatatkan masa kedua terpantas dengan masa 1’15:226s diikuti oleh Shafiq Rasol dengan catatan masa 1’15:250s. Dengan ini, Azroy mencatatkan masa terpantas, diikuti oleh Akid Aziz dan Afif. Menurut Azroy, “Berbanding dengan tahun lepas, masa “lap” kali tidak sehebat tetapi bukan saya, masing-masing pun sama juga. Pada pendapat saya, mungkin ia disebabkan oleh “tarmac” baharu yang menyebabkan terlebih “grip”. Cengkamannya agak kuat maka kelajuan jentera menjadi perlahan. Pasukan saya telah bekerja keras untuk minggu ini. Sudah pasti pasukan Honda ingin menjayakan perlumbaan kali ini selepas tewas dengan Yamaha di Jasin hari itu. Saya doakan agar semuanya dipermudahkan untuk saya dan pasukan.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,