fbpx

AKID TIDAK SESEKALI BERI LALUAN MUDAH

Pusingan 10 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang hari ini menyaksikan juara keseluruhan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, Md Akid Aziz mencatatkan masa terpantas di sesi kelayakan kategori CP150.

Pada sesi latihan 2, Azroy Hakeem Anuar dari HONDA ESTREMO YUZY RACING mengetuai dengan catatan masa terpantas 51:072s. Md Akid Aziz dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING menduduki tempat kedua dengan catatan masa 51:148s, diikuti rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran di tempat ketiga dengan catatan masa terpantas 51:400s.

Kemudian pada sesi kelayakan Akid berjaya mengatasi catatan masanya dengan 50:951s sekaligus menunjukkan keinginan tinggi untuk menghadiahkan satu lagi kemenangan buat pasukannya.

Di tempat kedua adalah Azroy yang mencatatkan masa terpantas 51:114s turut memberi amaran awal dengan misi memiliki tempat ketiga keseluruhan. Manakala Afif menduduki tempat ketiga dengan catatan masa terpantas 51:207s.

Akid berkata, “Walaupun juara keseluruhan telahpun saya dapat. Tetapi pasukan kami tetap akan buat yang terbaik, dan saya juga akan pamer aksi terbaik semampu saya kerana itu memang tanggungjawab kita sebagai pelumba, jadi saya tidak akan sesekali berikan haluan mudah dalam saingan pusingan ini, apa apa perlumbaan pun tetap saya akan buat yang terbaik.”

Top 5 Fastest – Qualifying Session
Round 10

CP150

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (50:951s)
  2. Azroy Hakeem Anuar – HONDA ESTREMO YUZY RACING (51:114s)
  3. Ahmad Afif Amran – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (51:207s)
  4. Kasma Daniel Kasmayudin – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (51:265s)
  5. Md Hafiza Rofa – ONEXOX TKKR RACING TEAM (51:403s)