fbpx

SHAFIQ KEKALKAN MOMENTUM KEMENANGAN


Ms Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakkan di Pusingan Kelapan, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP125.

Shafiq yang menduduki tempat teratas secara keseluruhan dengan jumlah 119 mata tampil dengan prestasi yang hebat pada musim ini. Beliau bukan sahaja telah menaiki podium empat kali malah telah mencipta “hat-trick” dengan tiga kemenangan berturut-turut di tiga pusingan sebelum ini.

Bagi sesi kelayakkan petang tadi, Shafiq mencatatkan masa terpantas 45:710s. Pada pusingan kedua yang berlangsung di Litar Tangkak, Shafiq mencatatkan masa kedua terpantas di sesi kelayakkan dengan catatan masa 45.702s.

Menurut Shafiq, “Jentera saya berada dalam keadaan yang amat bagus pada hari ini dan saya dapat memaksimakan pengunaannya untuk mendapatkan masa terpantas.”

“Untuk esok, saya akan menggunakan penalaan yang sama dan akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan sesi “Shoot-Out” esok dan juga di perlumbaan akhir.”

Md Adib Rosley dari pasukan YYPang Yamaha Racing Team mencatatkan masa kedua terpantas apabila beliau menamatkan sesi kelayakkan dengan masa terpantas beliau pada 45:867s.

Tempat ketiga terpantas pula diambil oleh Md Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team dengan catatan masa 45:950s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,