fbpx

ALIFF PASANG HASRAT, KEKAL TERPANTAS DI TELUK INTAN

Dengan catatan masa 49:535s pada sesi “Warm Up” dan 49:631s pada sesi kelayakan, Pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, Md Aliff Danial Md Asri muncul pelumba terpantas di Pusingan 6 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2023 yang berlangsung di Teluk Intan, Perak.

Keputusan itu menyaksikan Aliff tidak dapat menahan keterujaan untuk mengekalkan rekod tersebut pada Pusingan 4 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di Stadium Mini Teluk Intan, Perak.

“Persiapan saya menuju Pusingan 4 hujung minggu ini adalah memperkuatkan mental saya serta fizikal bagi menebus kesilapan tahun di sini,” kata Aliff yang meraih P5 dalam perlumbaan di Teluk Intan ketika itu.

“Sejak menyertai kategori CP125 pada 2020, banyak yang saya pelajari daripada pelumba-pelumba senior dan banyak mengubah cara tunggangan dalam trek. Bagi saya, pesaing yang ada pada tahun ini tidak terlalu banyak jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk berada dalam kedudukan 3 terbaik,” ujar Aliff.

Berbekal pengalaman selama 4 tahun dalam kategori CP125, Aliff memasang impian tinggi dan percaya mampu mencapainya. Aliff berkongsi, “Kembali ke Teluk Intan, sudah tentu saya sasarkan catatan masa terpantas sekali lagi. Bukan itu sahaja, saya juga yakin saya dapat memastikan tempat di podium.”

Aliff turut mengimbau kembali kali pertama memenangi perlumbaan di Pusingan 4 pada 2020, Aliff berkata, “Perasaan saya cukup gembira ketika itu, ia sekaligus menaikkan keyakinan saya untuk berlumba dan semangat untuk menghadapi pusingan seterusnya. Saya teramat rindu nak berdiri di podium teratas lagi. Saya tahu nak naik ke kedudukan P1 tu bukanlah senang, tambah pula kini saya sedang berdepan sedikit masalah pada jentera saya. Tetapi saya akan cuba bersaing dengan pelumba-pelumba lain pda hujung minggu ini demi merealisasikan impian saya.”