fbpx

ALIFF KUASAI HARI PERTAMA


Md Aliff Danial dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor tampil dengan masa terpantas di sesi kelayakan bagi pusingan keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Yang berlangsung di Litar Teluk Intan.

Pada pagi tadi di sesi latihan bebas 1, pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Team tampil dengan prestasi yang hebat di litar Teluk Intan dengan masa terpantas yang dilakukan oleh Shafiq Ezzariq pada 50’140s diikuti oleh rakan-rakannya Khairi Ashraf dan Fareez Afeez masing-masing dengan catatan masa 50’187s dan 50’557s. Di latihan bebas 2, Shafiq sekali lagi mencatatkan masa terpantas pada 49’764s diikuti oleh rakan-rakan sepasukan Khairi pada 49’780s dan Fareez pada 50’124s.

Di sesi kelayakan yang berlangsung petang tadi, Aliff Danial dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor tampil dengan catatan masa terpantas pada 49’631s. Beliau yang telah beraksi di kategori Wira KBS pada tahun 2019 mencatatkan masa terpantas pada 55’135s dan meraih tempat kedua di perlumbaan akhir. Tahun ini, Aliff telah tampil sekali lagi dengan catatan masa yang baik.

Menurut Aliff, “Sesi tadi agak bagus. Saya dapat mengunakan kelebihan satu 100%. Dari pagi sehinggalah ke sesi kelayakan tadi, saya tidak mengalami sebarang kesusahan yang serius. Esok ada sesi “Shoot-Out” dan juga perlumbaan. Maka saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengurangkan kesilapan dan memaksimakan kelebihan saya. Saya berharap semua akan berjalan dengan lancar dan kalau ada rezeki, peluang yang luas akan terbuka untuk saya.” Di tempat kedua dan ketiga adalah pelumba-pelumba sepasukan, Md Fareez Afeez dan Md Shafiq Ezzariq masing-masing dengan catatan masa terbaik pada 49’701s dan 49’748s.

Dapatkan info terkini di www.malaysiancubprix.com

Ikuti kami di Facebook

, , ,